Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 15 November 2018

Perhimpunan Pertama SYM VF3i

Tahniah buat Mforce Bike Holdings Sdn Bhd atas kejayaan meraih permintaan yang tinggi untuk model SYM VF3i. Ini dibuktikan dengan penganjuran perhimpunan khas buat para pemilik jentera SYM VF3i yang telah berlangsung di kilang mereka pada Ogos lalu. Untuk menjadikan acara sulung ini lebih meriah dan memberi memori istimewa, satu konvoi telah diadakan dari Icon City ke kilang Mforce di Alma.

En. Asri (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada para pemenang.

Lebih mengujakan, sebanyak 50 buah motosikal SYM VF3i telah berjaya dikumpul untuk menyertai perhimpunan ini. Ketibaan konvoi telah disambut mesra oleh kakitangan Mforce yang cukup prihatin terhadap pelanggannya. Para peserta konvoi pada hari tersebut juga ditawarkan servis motosikal secara percuma. Semua peserta dijemput masuk ke dewan perhimpunan sementara motosikal mereka diperiksa.

Pengurus Besar Operasi Mforce, En. Asri Ahmad, berkesempatan memberi sepatah dua kata untuk mengalu-alukan kedatangan peserta. Pihak Mforce turut menyediakan makan tengahari dan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Selepas selesai menjamu selera, konvoi bertolak pula ke SYM Smart Shop, KB Soon Huat yang terletak di Prai, Pulau Pinang dan kemudiannya ke kedai Super Rider di Nibong Tebal. Selain menikmati makanan yang disediakan, para peserta turut tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama rakan-rakan. Seterusnya konvoi menyambung perjalanan dengan mengunjungi tempat-tempat pelancongan yang terkenal di Pulau Pinang. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.