Bilik Pameran & Pusat Servis Aprilia Terbaru di Gasket Alley
Tahniah buat Didi Resources Sdn Bhd atas perlantikan sebagai pengedar tunggal jenama Aprilia di Malaysia. Dengan ruang pameran dan pusat servis berkeluasan 2,041 kaki persegi, para pelanggan khususnya pemilik Aprilia akan menikmati pengalaman dan suasana yang menarik. Seperti yang sedia maklum, Gasket Alley juga merupakan tempat perhimpunan para pencinta motosikal dengan adanya pelbagai ruang pameran yang unik, penjualan aksesori motosikal dan pakaian menunggang serta tempat menjamu selera.
“Kami amat berbesar hati dengan kepercayaan serta tanggungjawab yang telah diberikan untuk menguruskan Aprilia dan ia hadir selepas menempa kejayaan bersama Moto Guzzi yang telah diperkenalkan semula pada setahun yang lalu. Visi kami ialah untuk mewujudkan pengalaman baru buat para pemilik Aprilia yang akan menikmati lebih daripada sekadar penjualan motosikal sahaja. Kami akan terus membuat pelaburan untuk penambahbaikan perkhidmatan lepas jualan dan bahagian servis,” kata Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd, Encik Rewi Hamid Bugo.
Hadir bersama di majlis perasmian yang penuh bersejarah itu ialah Pengurus Jualan Kawasan Piaggio Asia Pacific Pte Ltd, En. Pierre Sainton dan pelumba lagenda MotoGP dan WSBK, Max Biaggi.
Di majlis yang sama turut menyaksikan sesi tanda tangan bersama tiga buah pengedar terbaru Aprilia yang akan mengukuhkan jenama ini secara berperingkat pada tahun hadapan. Tiga pengedar Aprilia tersebut adalah Welly World Cycle, Sungai Buloh, Sheng Fatt Superbike di Pulau Pinang dan Soon Hin Co. dari Kuantan.
Oleh kerana majlis perasmian pusat jualan Aprilia tersebut diadakan bersempena dengan perlumbaan MotoGP Malaysia 2018, pihak Aprilia turut menganjurkan beberapa program menarik seperti Meet & Greet with Max Biaggi, Aleix Espargaro and Scott Redding dan acara konvoi ke Sepang pada hari perlumbaan. RR
Popular