Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2020

Benelli Imperiale 400 Sudah Mula Diedarkan

Benelli Imperiale 400 merupakan sebuah jentera klasik yang diilhamkan semula berpandukan model Benelli-MotoBi yang dikeluarkan di Itali sekitar tahun 1950an yang lalu. Model ini telah dilancarkan pada tahun lepas di Litar Antarabangsa Sepang bersempena dengan perlumbaan MotoGP Malaysia 2019. Kini, penantian para pencinta motosikal pada Benelli Imperiale 400 akan berakhir apabila ia diedarkan ke semua wakil pengedar sah Benelli mulai akhir Julai lalu.

Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., En Asri Ahmad, berkata model ini menerima sambutan yang sungguh memberangsangkan khususnya daripada para penggemar motosikal klasik. Sebanyak 100 unit Benelli Imperiale 400 telah pun habis ditempah oleh para pelanggan sejak bulan Januari 2020.

“Kami juga memohon maaf kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan kerana terpaksa menunggu lama untuk menerima motosikal mereka disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang melanda negara baru-baru ini,” ujarnya lagi. Beliau menjangkakan model ini akan habis terjual sebelum penghujung tahun ini sekaligus berjaya mencapai sasaran jualan tahunan syarikat sebanyak 300 unit pada tahun ini berdasarkan jumlah tempahan baru yang diterima.

Imperiale 400 ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu hitam, merah dan kelabu, dijual pada harga RM15,888. Dengan setiap pembelian, para pemilik jentera ini layak untuk menerima jaminan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana terdahulu. Para pemilik Benelli Imperiale 400 turut disarankan untuk menggunakan minyak enjin PJ1 semasa menyelenggara motosikal anda yang merupakan produk rasmi untuk semua motosikal Benelli.

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. juga turut memasang dan menawarkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti dan perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian (012-4122933) bagi rangkaian produk Benelli di pasaran negara.

Laporan pandu uji Benelli Imperiale 400 boleh didapati dalam majalah RodaRoda bulan Jun 2020. RR

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.