Benelli TNT135 SE Memang Menarik!
Untuk terus memberi impak dalam pasaran motosikal negara, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengumumkan skima warna terkini untuk model Benelli TNT135SE iaitu Striking Green. Model ini juga ditawarkan dalam dua versi berbeza untuk tampak lebih bergaya.
TNT135SE menarik minat para penunggang dengan rekabentuk yang unik dan cantik. Ia adalah sebuah jentera bersaiz sederhana yang disempurnakan dengan ciri-ciri jentera berkuasa tinggi. Dengan ketinggian 1,025mm dan saiz tapak roda sepanjang 1,750mm, jentera ini memang tidak dilihat sebagai jentera kecil sebaliknya ia mampu menandingi jentera moped. TNT135 terbukti selesa, lincah dan cukup seronok ditunggang walau ke sama sahaja.
Pemilik TNT135SE ini pastinya berpuas hati kerana ia didatangkan dengan lampu-lampu LED, panel meter yang moden dan sistem pertahanan yang efisien. Model disempurnakan dengan enjin 134.7cc yang memiliki hantaran kuasa setinggi 13hp pada 9,000rpm dan berpiawaian Euro 4. Tangkinya sebenar 7.2 liter membolehkan penunggang mendapat lebih kilometer berbanding jentera moped biasa. Untuk kestabilan tinggi, TNT135SE dilengkapkan dengan sistem brek cakera 220mm (depan) dan 180mm (belakang) yang dibantu oleh sistem penyerap hentak berkualiti tinggi.
Benelli TNT135SE hadir dengan Edisi Biasa dan Edisi Khas yang masing-masing ditawarkan pada harga RM8,190 dan RM10,088 (tidak termasuk insurans & cukai jalan). Versi terbaru ini bakal berada di pasaran dalam jangka masa terdekat. RR
Popular