Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 2 Jun 2020

Ducati Malaysia Rasmikan Pusat Pameran Kedua Terbesar Di Asia Tenggara

Dengan saiz keseluruhan 16,339 kaki persegi dengan ruang servis sebesar 5,009 kaki persegi, Ducati Malaysia dengan bangganya memiliki sebuah pusat pameran yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Majlis perasmian yang diajurkan oleh Next Bike Sdn Bhd yang selaku pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Gabungan, Naza Gorup of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, Timbalan CEO Kumpulan, Automotive Group Naza Dato’ Nik Hamdan Nik Hassan dan Pengarah Pemasaran Asian, Ducati Motor (Thailand) Co. Ltd, En. Dominique Cheraki.

Dengan pelaburan RM1.5 juta, pusat pameran ini menawarkan pengalaman baru eksklusif buat setiap pelanggan yang hadir seperti jenama Ducati dengan Corporate Identity (CI), aksesori, kepelbagaian pakaian menunggang termasuklah barangan rasmi Ducati dan Scrambler. Untuk keselesaan dan jaminan setiap pelanggan, ruang servis yang luas itu mampu melakukan penyelenggaraan dan servis sehingga 450 buah jentera setiap bulan.

“Jenama Ducati dicipta untuk para penunggang yang cintakan kelajuan, ekspresi diri dan gaya hidup menarik. Setiap model Ducati direka dengan aura dan karaktor tersendiri dan menerusi perasmian pusat pameran baru ini, Ducati Malaysia menjanjikan pengalaman baru buat setiap pelanggan yang datang,” kata Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan.

Turut memeriahkan majlis pada hari itu ialah kehadiran para pelumba MotoGP dari pasukan Ducati Racing iaitu Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci. Kedua-dua pelumba ini hadir ke Litar Antarabangsa Sepang sempena sesi ‘Winter Test’ pada 7-9 Februari yang lalu.

Antara model-model Ducati yang tersergam cukup indah di ruang pameran ini ialah Ducati Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950, Diavel 1260 S dan semestrinya model popular Scrambler Café Racer dan Icon. Pusat Pameran Ducati beroperasi pada hari Isnin-Jumaat (9am-6pm untuk Sales & 9am-5pm untuk aftersales), Sabtu (9am-5pm untuk Sales & 9am-1pm untuk aftersales) dan Ahad pada jam 10 pagi hingga 5 petang hanya untuk operasi jualan (sales). RR

Isu Pada

Jun 2020

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.