Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 2 Jun 2020

Konvensyen FKR 2019/2020 Di Da Lat, Vietnam

FKR Marketing Sdn Bhd terus cemerlang di pasaran negara dan tidak dinafikan, kejayaan ini datangnya dari kerjasama serta hubungan erat syarikat ini dengan para pengedarnya. Untuk memberi penghargaan tertinggi buat para pengedarnya yang sentiasa berada di belakang, FKR Marketing Sdn Bhd telah memilih Da Lat, Vietnam sebagai destinasi untuk penganjuran majlis konvensyen tahunan mereka.

Pada hari pertama, para pengedar FKR telah dibawa mengunjungi 'Trai Ham Weasel Coffee Farm' untuk melihat dengan lebih dekat cara memproses dan penyediaan pelbagai jenis kopi seperti 'Weasel Coffee' iaitu nama pengganti untuk Civet Coffee atau Kopi Luwak.

Para tetamu turut dibawa melawati Xuan Huong Lake yang merupakan lokasi 'wajib' singgah buat para pelancong. Tasik ini adalah tasik buatan yang terkenal dengan rumputnya yang menghijau dan keindahan taman bunganya.

Hari Kedua: Para tetamu dibawa ke Datanla Waterfalls yang terletak di tengah-tengah Prenn Pass, kira-kira lima kilometer ke selatan pusat bandar Da Lat. Air terjun kecil ini mengalir dari tebing berbatu setinggi 20 meter ke kolam yang dalam. Pemandangan di sini memang cukup cantik, romantis dan menenangkan jiwa.

Di Clay Tunnel, mereka dapat melihat terowong yang diperbuat daripada tanah liat. Ia dibina di sebelah Tasik Tuyen Lam pada tahun 2010 dan pemilik projek ini ialah Trinh Ba Dung, seorang peniaga dari Saigon. Mr. Dung membina dua rumah tanah liat dengan menggunakan tanah liat basalt yang dicampur dengan campuran khas untuk membolehkan tanah liat tersebut menjadi keras tanpa perlu dibakar. Setelah memperoleh kejayaan, Mr. Dung membuat terowong tersebut sepanjang dua kilometer seterusnya membangunkan Kota Da Lat.

Para perwakilan Malaysia juga sempat ke Dalat City Flower Garden yang menempatkan 300 jenis bunga-bunga eksotik.

Pada malam tersebut, majlis yang dinanti-nantikan pun tiba. FKR Top Achiever Convention 2020 telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Urusan FKR En. Pornpoj Swadwan dan Pengurus Besar FKR En Lee Yew Wah. Acara dimulakan dengan pemberian Top Achiever Award seterusnya diikuti pula dengan Platinum Award yang dikhususkan buat para pengedar yang mendapat pencapaian jualan tertinggi untuk tahun 2019.

Hari Ketiga: Para tetamu memulakan perjalanan ke Dinh I King Palace. Keistimewaan istana ini ialah keunikan sistem terowong rahsia yang dibina oleh Ngo Dinh Diem ketika dia menjadi Presiden pada tahun 1956. Mereka juga singgah ke Crazy House, sebuah rumah tumpangan yang menyerupai pokok besar. Rumah unik ini dibina untuk memberi inspirasi kepada orang ramai serta galakan supaya mencintai alam semula jadi.

Destinasi terakhir sebelum pulang ke hotel ialah stesen keretapi Da Lat yang dibuat oleh seorang arkitek dari Perancis pada tahun 1932. Stesen ini mula dibuka pada tahun 1938 tetapi tidak digunakan pada akhir perang Vietnam hingga tahun 1990an. Kini ia dibuka semula sebagai destinasi tarikan pelancong.

Pada keesokan harinya, setelah sarapan pagi para tetamu menaiki bas dan bergerak ke Lapangan Terbang Da Lat untuk berlepas pulang ke Malaysia. RR

Isu Pada

Jun 2020

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.