Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 Julai 2017

Pengedar Terbaik Tayar FKR Diraikan Di Lombok

Sempena majlis Konvensyen Percapaian Terbaik 2017, seramai 81 orang pengedar tayar FKR telah diraikan dengan percutian 4 hari 3 malam ke Lombok, Indonesia pada 16 hingga 19 Mei lalu.

Lombok merupakan sebuah pulau yang terletak di timur Bali yang terkenal dengan keindahan pantainya. Ia sering menjadi pilihan para pelancong dari seluruh dunia untuk melakukan pelbagai aktiviti air seperti menyelam, meluncur, snorkeling, melihat penyu bertelur dan banyak lagi.

Majlis konvensyen penuh bermakna ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus Besar FKR Marketing Sdn Bhd, En. Wong Fee Che dan turut ditemani oleh Pengurus Penjualan Nasional, En. Lee Yew Wah. Dalam ucapan beliau, En. Wong telah menyebut mengenai peningkatan drastik nilai harga untuk getah asli, getah sintetik, bahan mentah berunsur minyak serta penurunan nilai Ringgit menyebabkan harga tayar telah meningkat. Walaupun begitu, hasil kerja keras para pengedar FKR, jenama ini terus dipercayai oleh para pengguna dan dibuktikan dengan nilai penambahan jualan untuk tahun 2016 berbanding sebelumnya.

Selepas menerima anugerah khas FKR dan majlis makan malam yang cukup lazat, para pengedar telah dibawa mengunjungi ke pelbagai tempat menarik seperti pantai Senggigi dan ke Gili Trawaqngan dengan menaiki bot yang diperbuat daripada kaca untuk pemandangan kehidupan laut dengan lebih jelas.

Pada hari berikutnya, mereka turut dibawa ke pusat pembelian untuk membeli ole-ole buat kenangan dibawa pulang dan turut berkesempatan melawat Istana Terapung DiRaja Bali yang dibina pada tahun 1714 dan ke rumah-rumah ibadat di sekitar kawasan Lingar. Kenangan yang manis dan pengalaman yang cukup seronok buat mereka semasa di sini. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.