Honda MSX125 Lebih Menarik Dengan Warna & Jalur Baru
Para peminat MSX125 pastinya merasai keseronokan menunggang jentera Honda MSX125 yang kini diperkenalkan dalam warna dan jalur serba baru. Menurut pihak Boon Siew Honda (BSH), model ini telah mendapat maklum balas yang positif di kalangan para pencinta motosikal di Malaysia disebabkan kualiti pemasangan tinggi, prestasi enjin yang mantap, praktikal dan gaya yang memikat.
MSX125 ini didatangkan dengan lampu LED lebih moden dan panel meter digital LCD yang mempunyai dua paparan berbeza yang boleh dipilih. Walaupun ianya kecil molek, model ini dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis teleskopik 31mm dan penyerap hentak tunggal untuk memastikan para penunggangnya menikmati perjalanan yang selesa. Model ini juga disempurnakan dengan brek hadapan dan belakang jenis hidraulik.
Untuk memenuhi permintaan gaya hidup terkini, BSH akan membawa masuk aksesori H2C untuk MSX125 yang amat popular dan cukup digemari oleh penunggang motosikal di Thailand. Dengan adanya aksesori ini, mereka dapat mempamerkan kreativiti masing-masing dengan mengenengahkan personaliti diri ke dalam rekaan motosikal kegemaran mereka. Lebih banyak 'customize' MSX125 akan diperkenalkan pada Julai ini.
Harga yang disyorkan untuk MSX125 ini ialah RM11,128.94 (termasuk GST tanpa cukai, insurans dan pendaftaran). Model ini ditawarkan dalam empat warna baru iaitu Candy Caribbean Blue Sea, Mat Axis Grey Metallic with Candy Ultimate Pink, Pearl Valentine Red dan Mat Axis Grey Metallic with Lemon Ice Yellow. Seperti model Honda yang lain, ia juga dilengkapkan dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000km yang mana terdahulu. RR
Popular