Kedai Flagship 3S Moto Guzzi
Moto Guzzi kini telah bersedia untuk kembali ke pasaran negara pada Julai ini dengan pengedar rasmi terbaru sempena pembukaan Kedai Flagship 3S yang menyediakan perkhidmatan jualan dan servis lepasan jualan.
Moto Guzzi merupakan jenama lagenda dan istimewa yang dimiliki oleh Kumpulan Piaggio; pengeluar motosikal terbesar Eropah dan juga antara pengeluar utama di dunia. Bagi para penunggang motosikal di seluruh dunia, Moto Guzzi dicintai kerana memiliki tradisi yang gemilang, penyelidikan enjin yang terperinci, gaya rekaan Itali dan keanggunan krom. Jenama ini diasaskan di Mandello del Lario, Itali pada 15 Mac 1921 dan sejak dari saat itu, Moto Guzzi tidak pernah berhenti untuk menghasilkan pelumba dan jentera-jentera juara. Moto Guzzi terus mencipta jentera-jentera mereka dengan penuh kebijaksaan dan semangat.
Kini, dengan kekayaan warisan dan kemantapannya di tahap global, Moto Guzzi merupakan antara jenama yang cukup disukai oleh para penunggang motosikal di seluruh dunia. Inilah yang menyebabkan komuniti pemilik di seluruh Moto Guzzi mempunyai ikatan persahabatan yang kuat.
Ini juga adalah sebab utama mengapa Moto Guzzi akan merasmikan bilik pamerannya bersama rakan baru mereka di Malaysia, Piaggio Asia Pasifik yang akan menganjur acara eksklusif Media & Customer Day pada bulan Julai ini. Para media akan diperkenalkan dengan barisan model-model terbaru untuk tahun 2017. Sesi berlainan akan diadakan khusus untuk para pelanggan di sebelah petang demi berkongsikan pengalaman indah bersama Moto Guzzi.
Maklumat lanjut mengenai perasmian dan pelancaran model baru ini akan diberitahu kelak. Untuk menyertai acara ini, para pelanggan Moto Guzzi boleh melayari https://www.facebook.com/motoguzziMY/ untuk pendaftaran. RR
Popular