Pemilik Benelli TRK502 Berkonvoi Ke Cameron Highlands
Buat pertama kalinya satu perhimpunan melibatkan semua pemilik Benelli TRK502 dapat dianjurkan pada 28hb Julai lalu. Perhimpunan ini berlangsung di Tanah Rata, Cameron Highlands. Seramai 80 orang menyertai perhimpunan ini termasuk kakitangan Mforce Bikes Holdings Sdn Bhd.
Konvoi mula berkumpul di Petronas R&R Simpang Pulai pada pukul 10.30 pagi. Lebih kurang setengah jam kemudian, konvoi mula bergerak menuju ke Cameron Highlands. Dengan pengalaman dan kecekapan yang tinggi para penunggang, perjalanan bergerak dengan selesa dan cukup lancar. Enjin TRK502 yang berkuasa 35kW pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 5,000rpm menempuh pendakian dengan sempurna. Konvoi kemudiannya berhenti seketika untuk sesi pengambaran di Route185 sebelum bergerak terus ke Restoran Bunda untuk makan tengah hari.
Konvoi juga berkesempatan melawat ladang Teh Boh di Cameron Valley Plantation untuk berehat seketika disamping menikmat minuman kesegaran ‘tea time.’ Di sebelah malam pula, pelbagai aktiviti disediakan untuk para peserta konvoi seperti jamuan makan malam dan mini games. Ini juga masanya para peserta bertukar-tukar cerita dan pengalaman yang rata-ratanya tertumpu pada dunia pengembaraan motosikal.
Keesokan harinya, semua peserta cukup bersemangat dan bertenaga untuk menikmati sarapan di awal pagi. Sebelum bersurai, mereka sempat bergambar kenangan bersama-sama kakitangan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. Tahniah buat penganjur atas kejayaan merapatkan hubungan di antara para pemilik yang datangnya dari seluruh negara. RR
Popular