Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Jun 2017

Modenas 'Mobile Service' Berita Baik Buat Pemilik Modenas

Bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang tidak dapat ke pusat servis rasmi Modenas atau para pemilik Modenas yang sedang memerlukan bantuan segera, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) telah memperkenalkan perkhidmatan terbaru iaitu 'Mobile Service' yang telah beroperasi pada 21 Mei lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, En. Amirudin Abd Kadir, perkhidmatan terbaru ini adalah untuk memberi sokongan dan perkhidmatan nilai tambah kepada pemilik motosikal. “Sebagai permulaan, 'Mobile Service' ini akan meliputi jarak yang merangkumi lingkungan 30 kilometer sahaja dari lima buah pusat servis rasmi Modenas di seluruh negara. Namun jika ada pemilik yang mahu membuat temujanji untuk 'Mobile Service,' kita juga menyediakan perkhidmatan pintu ke pintu,” kata beliau.

'Mobile Service' akan bergerak di dalam lingkungan 30 kilometer dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang, lima hari seminggu. Selain itu, ia juga menawarkan perkhidmatan servis biasa dan juga untuk motosikal yang masih dalam waranti. Bagi pemilik yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini di kediaman masing-masing, mereka perlu membuat temujanji terlebih dahulu melalui talian khidmat pelanggan 1-800-880-181.

Setiap perkhidmatan 'Mobile Service' ini akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 dan itu tidak termasuk caj alat ganti yang perlu ditukar jika motosikal mengalami kerosakan. Semua pembayaran dilakukan secara tunai dan sebarang penggantian alat ganti perlu mendapatkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi pusat servis Modenas Shah Alam (03-78483776), Johor Bahru (07-2361695), Ipoh (05-2498963), Gurun (04-4668236 dan Kuantan (09-5123380) atau talian khidmat pelanggan di 1-800-880-181. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?