Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 15 September 2018

Red Weekend 3.0: Pesta Untuk Pemilik Ducati

Next Bike Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jentera Ducati di Malaysia telah menganjurkan Red Weekend 3.0 pada 4 dan 5 Ogos lalu bertempat di Ducati Petaling Jaya. Acara Red Weekend ini merupakan penganjuran kali ketiga dan sudah semestinya diadakan untuk memberi penghargaan dan hiburan buat para pemilik dan peminat Ducati di Malaysia.

“Ini adalah penganjuran kali ketiga dan sememangnya kami di Ducati telah menyediakan pelbagai acara dan tawaran hebat buat para pengunjung yang hadir pada hari ini. Ia adalah masa yang paling sesuai untuk mereka memilih pelbagai jentera hebat Ducati, aksesori dan pakaian menunggang yang ditawarkan tanpa cukai GST dan SST. Harganya memang cukup istimewa!” Kata Ketua Bahagian Pemasaran, En. David Lim.

En. Fazli Hisham (berbaju kelabu) bersama pembeli Ducati Panigale 959, Sdr Mohd Afiq.

Selain tawaran harga yang menarik itu, pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan seperti alunan muzik rancak daripada kumpulan Tashy a's Ink, sesi tunggang uji pelbagai model Ducati, pertandingan menunggang motor dengan perlahan 'Slow Joe', cabutan bertuah, pemeriksaan jentera dan pastinya makanan-makanan lazat ala Mexico daripada Babarittos Food Truck. Ruang pameran dan aksesori Ducati padat dengan para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk melihat dan membeli pelbagai barangan yang cukup menarik. Apabila tiba masa untuk 'Slow Joe', suasana bertambah meriah dengan gelak tawa dan sorakan para pengunjung.

Meja pendaftaran sentiasa sibuk dengan para tetamu yang hadir.
Meja pendaftaran sentiasa sibuk dengan para tetamu yang hadir.
Peluang menunggang uji pelbagai jentera Ducati di Red Weekend 3.0.
Peluang menunggang uji pelbagai jentera Ducati di Red Weekend 3.0.

Model yang baru dilancarkan, Ducati Scrambler 1100 Special dan Scrambler Ducati Sport antara model yang paling diminati sehinggakan hampir setiap detik ada sahaja mereka yang menunggang ujinya. “Memang senang dan selesa. Kuasa hantarannya juga lancar tanpa sebarang sentapan walaupun dalam kelajuan rendah. Best betul Scrambler ini!” kata Ms Hanim yang kini menunggang sebuah Ducati Monster.

Sesi tunggang uji juga mendapat sambutan yang cukup hebat. Perjalanan yang sejauh 15 minit dipastikan selamat dan lancar oleh Tenaga Pengajar DRE yang bertauliah. Antara jentera yang digunakan untuk sesi ini ialah Ducati Multistrada, Ducati Supersport, Ducati Panigale 959 dan Scrambler Ducati.

Ini juga merupakan masa yang sesuai buat para pencinta motosikal Ducati untuk berjumpa dengan sahabat lama dan berkenalan dengan rakan baru tanpa sempadan umur, latar belakang dan kaum. Apa yang penting... semuanya jiwa Ducati!

“Ia adalah satu acara yang berjaya. Inilah masa yang paling sesuai untuk memiliki motosikal dan aksesori idaman kerana harganya benar-benar istimewa. Sepanjang dua hari penganjuran, kami berjaya mendapatkan jualan melepasi sasaran untuk motosikal dan aksesori bersempena tawaran musim 'Tax Holiday' yang amat menarik ini,” kata Timbalan Presiden II, Next Bike Sdn Bhd. En. Fazli Hisham Shukor.

Tashya’s Ink menyampaikan pelbagai lagu-lagu yang rancak.
Tashya’s Ink menyampaikan pelbagai lagu-lagu yang rancak.

Dijangkakan lebih banyak aktiviti dan penganjuran hebat dari Ducati Malaysia akan menyusul sepanjang tahun 2018 dan sudah semestinya kita akan sentiasa nanti-nantikan kemunculan Red Weekend 4.0. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.