Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Februari 2019

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2019 Terus Usaha Untuk Kurangkan Kemalangan

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang berlangsung pada awal Februari ini, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2019. Dengan bertemakan 'Jalan Raya Bukan Untuk Berlumba, Patuhi Undang-Undang', penganjuran kali keempat ini dilancarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Dato' Rosli bin Isa sambil ditemani oleh Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Dato' Jeffrey Lim.


“Seperti yang sedia maklum, kadar kemalangan jalan raya setiap kali menjelang musim perayaan semakin meningkat dan mengikut statistik yang dilaporkan oleh JKJR, jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah 72,948 dan daripada jumlah tersebut, 45,036 atau 62% adalah pengguna motosikal. Jumlah ini sangat tinggi dan mengikut laporan 80% kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia. Sebagai usaha untuk mengurangkan jumlah tersebut, KMSB telah menganjurkan program Kawasaki Safety & Responsible Riding Course atau KSRR khusus untuk para pengguna Kawasaki sejak setahun yang lalu,” kata Dato' Jeffrey Lim.


Menurut Dato' Jeffrey, objektif utama program KSRR itu dijalankan ialah untuk memberi tunjuk ajar kepada para penunggang motosikal agar lebih peka, bersedia dan lebih responsif ketika berada di jalan raya. Untuk tahun ini, tema 'Jalan Raya Bukan Untuk Berlumba, Patuhi Undang-Undang' adalah untuk memberi penekanan agar pengguna jalan raya haruslah sentiasa mematuhi undang-undang, patuhi had laju dan tidak mengambil kesempatan menggunakan jalan raya sebagai tempat berlumba.


Menerusi kempen  ini, KMSB telah melakukan pemeriksaan keselamatan pada 16 bahagian motosikal secara percuma untuk motosikal yang mendaftarkan diri tidak kira jenama apa sekali pun. Para juruteknik Kawasaki telah memeriksa dengan teliti tuas brek, pendikit minyak, tuas klac, tahap pelincir sistem brek, lampu isyarat, lampu hadapan, saspensi hadapan, hon, ketebalan pad brek, kedalaman bunga tayar, enjin, rantai & gegancu, lampu brek, lampu belakang, saspensi belakang dan tekanan udara tayar.


Pengunjung pada hari itu turut berpeluang menukar topi keledar lama kepada yang baru agar lebih selamat. Kempen yang dianjurkan hampir sepanjang hari itu mendapat sambutan yang cukup baik dan seperti mana hasrat pihak KMSB ialah untuk mengurangkan kadar kemalangan terutamanya di musim perayaan. RR

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.