Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 26 Jun 2017

'One Ride' Royal Enfield 2017

Setiap kali tiba minggu pertama dalam bulan April, para pemilik Royal Enfiled (RE) di seluruh dunia akan menyambut 'One Ride Royal Enfield' dan pada tahun ini, R.E Malaysia telah memilih Gua Pasoh, Negeri Sembilan sebagai destinasi yang dituju oleh 45 buah jentera R.E. Konvoi kali ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran seorang pemilik baru R.E iaitu Fred, warga Perancis yang kini bertugas di Kuala Lumpur dan Ab. Jalil Dalib dari Singapura.

Konvoi bermula dari The Big Bike Shop, Puchong menuju ke destinasi pada jam 9.15 pagi pada 2 hb April dengan menggunakan Lebuhraya Kajang-SILK. Perjalanan di waktu pagi bukan sahaja menyegarkan tetapi juga lebih selamat kerana keadaan trafik yang tidak sibuk. Selepas melalui Empangan Semenyih, konvoi memilih untuk menyusuri jalan Kuala Kelawang yang dikelilingi hutan belantara sejauh kira-kira 50 kilometer. Keadaan jalan berselekoh ternyata menyeronokkan semua penunggang Royal Enfield.

Jentera-jentera R.E kemudiannya 'diarah' menuju Jalan Sungai Gunung Rotan sebelum keluar ke Peradong. Jalan di sini juga tenang dan berkeadaan baik sekali. Kira-kira jam 12.15 tengahari, konvoi akhirnya tiba di check point pertama iaitu di Balai Raya Felda Pasoh 4. Di situ, para peserta sempat bertemu dan mendengar sedikit ucapan daripada Ketua Kampung yang ternyata cukup berbangga dengan kedatangan para pemilik R.E.

Pengurus Azliny Team Building and Outdoor Adventure (ATOA), Sdri Azliny juga turut memberi taklimat ringkas mengenai tempat yang dituju iaitu Gua Pasoh. ATOA merupakan sebuah badan yang menguruskan hal ehwal Gua Pasoh. Untuk ke sana, para penunggang diuji dengan keadaan jalan yang sungguh mencabar. Jarak di antara Felda Pasoh 4 menuju ke Gua Pasoh adalah sekitar 4.3 kilometer tetapi perjalanan agak perlahan kerana permukaan offroad menjadi sangat lembik kerana hujan. Kesemua 45 buah jentera R.E tiba di Gua Pasoh lebih kurang pada jam 1.10 petang – perjalanan mengambil masa 40 minit.

Gua Pasoh mempunyai tujuh buah gua dan gua utamanya dinamakan sebagai Gua Pelangi. Menurut kajian, usia gua ini adalah sekitar 14,000 tahun lamanya. Pernah dilaporkan di beberapa akhbar tempatan mengenai penemuan artifak zaman prasejarah Paleolitik di gua ini dan sememangnya ia mempunyai nilai sejarah yang amat bernilai. Untuk memasuki gua tersebut, hanya 20 orang dibenar untuk setiap satu sesi lawatan. Bagi para penunggang R.E, sememangnya ia adalah satu pengalaman yang cukup unik melihat pembentukkan gua yang berusia ribuan tahun ini dengan penuh keajaiban.

Selepas puas melihat keunikan pemandangan di dalam gua, para peserta disajikan dengan makan tengahari yang cukup istimewa iaitu kambing bakar! Memang cukup lazat! Ditambah pula dengan pemandangan hutan menghijau dan hujan gerimis. Ini membuatkan 'gua-gua' di dalam perut telah penuh diisi. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan acara memanah dan menyumpit.

Menurut program asal, konvoi akan melawat perkampungan orang asli yang hanya sejauh 1.5 kilometer dari Gua Pelangi. Namun begitu, para peserta dikhabarkan bahawa salah seorang daripada penduduk di kampung itu sedang sakit tenat. Untuk menghormatinya, mereka (peserta konvoi) membuat keputusan untuk membatalkan hasrat ke sana. Derma dan sumbangan wang tunai diberikan agar dapat meringankan beban keluarga.

Untuk menyemarakkan lagi suasana, acara kuiz telah diadakan dengan tawaran hadiah-hadiah menarik yang disediakan untuk para penunggang dan krew ATOA 2017. Memang riuh rendah dibuatnya! Setelah bergambar kenangan, konvoi bergerak pulang lebih kurang pada jam 4.30 petang.

Walaupun program ini mengambil masa yang cukup singkat, para peserta ternyata sukakannya dan berharap agar dapat diteruskan lagi pada lain-lain masa. Fred yang baru memiliki R.E menegaskan konvoi yang disertainya itu memang lain daripada yang lain. Ini merupakan kali pertama dalam hidupnya menunggang jentera R.E ini di kawasan yang lasak (offroad). RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.