Harley Davidson Akan Gegar Borneo!
Harley Davidson Owners Club (HMOC) Malaysia telah ditubuhkan sejak 23 tahun lalu dengan menawarkan pelbagai aktivti seperti rally, fun rides dan amal. Tidak cukup dengan itu, penubuhan kelab ini juga bertujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan di Malaysia menerusi acara bermotosikal. Sejak kejayaan penganjuran 2012 Southeast Asia Harley Owners Group (SEAHOG) Sarawak Rally, HMOC sekali lagi telah merancangkan satu pengembaraan hebat menerusi Sarawak Borneo International Rally 2017 dijadualkan berlangsung pada 24 November hingga 4 Disember ini.
Majlis pelancaran Sarawak Borneo International Rally 2017 ini telah disempurnakan oleh Presiden Pekema Riders Club, Dato' SM Zulkifli SM Amin sambil ditemani oleh Presiden dan Pengarah HMOC, En. Choo Kai Mun pada awal Mei lalu bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Rally ini akan bermula di Kuching dengan menyusuri perjalanan yang cukup tenang dan mengasyikkan hingga ke Kudat dengan 2 malam di Kuching, 1 malam di Sibu, 2 malam di Miri, 2 malam di Labuan dan 3 malam di Kota Kinabalu. Menurut ketua konvoi Sarawak Borneo International Rally 2017, En. Shafrail Azizi, pengembaraan ini cukup santai dan untuk itu, para peserta akan berhenti di setiap 150-180 kilometer perjalanan. Dengan ini pergerakan akan lebih lancar dan tidak meletihkan.
Seramai 150 orang peserta dan motosikal bakal menikmati pengembaraan kali ini yang kebanyakannya dari luar negara seperti China, Taiwan, India, Jepun, Thailand dan banyak lagi. En. Choo menegaskan bahawa pengembaraan ini bertujuan untuk memberikan 1001 pengalaman berharga buat para peserta dengan kebudayaan masyarakat setempat serta keindahan flora dan faunanya. RR
Popular