Warna Baru Honda MSX125
Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan versi terkini MSX 125 SF yang didatangkan dengan warna baharu yang lebih segar serta rekabentuk jalur terkini untuk melengkapkan lagi penampilannya. Model ini dikuasakan oleh enjin 125cc, satu silinder, 4 lejang dan sistem sejukan udara yang mampu menjana kuasa maksimum 9.7hp (7.2kW) pada 7,000 rpm dan tork setinggi 11.0Nm pada 5,250rpm. Model ini mendapat perhatian khususnya bagi para penunggang muda yang inginkan keseronokan dan gaya hidup santai.
MSX 125 memiliki rekabentuk yang segar, menarik dan terkini dengan adanya ciri-ciri istimewa seperti lampu utama dan belakang LED, panel meter LCD, brek jenis cakera di depan dan belakang serta posisi menunggang yang selesa. Dengan sistem bahan api terkini, MSX 125 menjanjikan penggunaan bahan api yang cukup jimat. Untuk tunggangan yang selesa di pelbagai jenis perjalanan, model ini juga dilengkapkan dengan fork hadapan teleskopik jenis terbalik dan penyerap hentak mono di belakang.
Honda MSX 125 kini boleh didapati dalam variasi warna Incredible Green, Halloween Orange, Splendid Blue, Gayety Red dan ditawarkan pada harga RM10,499 (tidak termasuk cukai jalan, insuran & pendaftaran). RR
Popular