Kilang Boon Siew Honda Menerima Tetamu Kehormat
Kilang Automotif Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menerima kunjungan daripada Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada pertengahan Mac lalu. Sepanjang lawatan istimewa selama tiga jam itu, Yang Amat Mulia Tun telah ditemani oleh Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, En. Kiyoshi Itoi serta para jemputan VIP lain termasuk para pengarah BSH sendiri.
Lawatan penuh bersejarah ini meliputi beberapa bahagian kilang dan sebagai tanda penghargaan, Yang Di-Pertua telah dipersembahkan dengan model paling laris (jumlah pengeluaran sebanyak 1.5 juta) iaitu Honda EX5 Fi Limited Edition. Model ini telah berada di pasaran negara sejak 30 tahun lalu dan mendapat kepercayaan dan keyakinan pencinta motosikal di Malaysia. Turut memeriahkan majlis pada hari itu ialah pertunjukkan demonstrasi menunggang oleh krew Safety Riding serta dapat merasai penggunaan Motorcycle Riding Simulator. Majlis ditutupi dengan penyampaian momento penghargaan oleh CEO dan Pengarah Urusan BSH, En. Nobuhide Nagata.
Kilang ini telah dirasmikan pada tahun 2013 lalu dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 350,000 unit. Sejak dirasmikan, BSH telah menerima kunjungan dan lawatan istimewa daripada pihak Kerajaan mahu pun Swasta yang ingin melihat dengan lebih dekat kepesatan teknologi yang terdapat di kilang ini. Antaranya di bahagian pengecatan yang mempunyai tiga jenis kepakaran dan teknologi canggih seperti Twin-Gun Painting System yang buat pertama kalinya digunakan dalam industri motosikal.
Teknologi terkini yang dimiliki oleh kilang ini juga merupakan faktor utama mengapa BSH merupakan pengeluaran motosikal pertama yang menerima pengiktirafan EEV daripada pihak JPJ untuk lima buah model iaitu Honda Ex5 Fi, Honda Wave Alpha, Honda Wave Dash Fi, Honda Future Fi dan Honda BeAT.
tBoon Siew Honda (BSH) juga merayakan kejayaan pencapaian jumlah penjualan pada 132% untuk tahun 2016. Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda, En. Nobuhide Nagata menegaskan pencapaian tersebut telah melebihi sasaran dan ini adalah hasil sokongan kuat daripada para pengedar, pekerja, rakan niaga dan terutamanya tentulah daripada para pelanggan. RR
Popular