SYM Sport Rider 125i: Dengan Grafik Lebih Gempak!
SYM Sport Rider 125i ternyata antara model moped paling popular di kalangan para pemilik motosikal dan untuk terus kekal mantap dan kompetitif, SYM Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model Sport Rider 125i dengan rekacorak grafik baru dalam tiga varian cukup istimewa iaitu merah, biru dan kuning.
SYM Sport Rider 125i ini disempurnakan dengan enjin SOHC yang mampu menjana kuasa 9.5hp pada 8,000rpm dan tork 10.8Nm pada 5,500rpm. Model ini juga merupakan jentera pertama SYM yang dilengkapi enjin EFI. SYM Sport Rider 125i mematuhi piawaian Euro 3 yang mesra alam dan jimatkan bahan api. Reka bentuknya direka berasaskan model superbike atau naked bike yang jelas dilihat pada bahagian sisi, ekzos dan juga fender belakang.
Meter yang dilengkapkan pada model ini adalah kombinasi LCD dan analog. Ia juga dilengkapi dengan tangki minyak 4.2 liter, lampu belakang LED yang menambahkan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada motor ini. Tempat duduknya ini juga selesa dan turut dilengkapkan dengan ruang penyimpanan barang.
Sistem saspensi dan brek yang dipadankan pada SYM Sport Rider 125i menjanjikan kepuasan buat para pemiliknya di setiap tunggangan. Harga yang telah di tetapkan Sport Rider 125i baharu ini adalah RM 5,542.20 (0% GST tanpa insuran dan cukai jalan) dan kini boleh didapati di semua pengedar sah SYM di Malaysia. RR
Popular