Warna Baru Yamaha YZF-R25
Demi menawarkan produk terbaik buat para penggemar jentera Yamaha khususnya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua warna dan rekacorak grafik terbaru untuk model R25. Dua warna menarik baru iaitu Racing Blue dan Matt Black pastinya menjadikan model supersport keluaran HLYM itu tampak lebih mantap dan agresif.
Yamaha R25 diperkenalkan ke pasaran negara pada Februari 2015 dan ternyata ia adalah sebuah jentera yang cukup dinanti-nantikan. Selain rekabentuknya yang sporty, R25 digilai kerana prestasinya yang cukup mantap dengan menawarkan kuasa maksimum 26.5kW pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm.Kerangkanya yang ringan dan bertegaran tinggi membolehkan pemilik R25 dapat menikmati tunggangan di jalanan berselekoh dengan cukup yakin.
Kejayaan kepada penjualan tinggi model sport ini juga disumbangkan oleh kelancaran enjin dengan sistem suntikan api yang menjanjikan penjimatan petrol optimum. Yamaha YZF-R25 mendapat sentuhan baru ini telah pun berada di pasaran negara dengan harga asas selepas GST RM20,630.78 (tanpa cukai jalan, no. pendaftaran dan insurans). RR
Popular