Gempaq Penang 2.0 Berjaya!
Karnival Gempaq Penang 2.0 telah berjaya dilaksanakan pada 1 April lalu dengan kehadiran hampir mencecah 1,000 buah motosikal SYM pelbagai model. Program anjuran komuniti Sehati Sejiwa ini dengan tajaan oleh SYM Malaysia dan PJ1 Minyak Enjin (Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Abd Aziz Kaprawi.
Karnival selama sehari ini bertujuan untuk mengumpul para penunggang dan pemilik jentera SYM dari seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. SYM Malaysia turut mengadakan servis dan pemeriksaan motosikal secara percuma dan penjualan motosikal SYM dengan pakej rebet tunai cukup menarik khusus untuk pembelian pada tarikh tersebut sahaja. Selain daripada itu, beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti program bantuan golongan miskin dan pengisian minyak petrol percuma di tiga lokasi terpilih.
SYM Malaysia turut mempamerkan beberapa model termasuklah 'bintang' utamamereka iaitu model CRUiSYM 300 yang akan diperkenalkan ke pasaran negara tidak lama lagi. Ternyata model ini paling ditunggu-tunggu oleh para pencinta skuter di tanahair. Tapak karnival turut dimeriahkan dengan adanya beberapa gerai menarik yang menjual pelbagai jenis barangan seperti jaket, sarung tangan, kasut, topi keledar, topeng menunggang, baju T pelbagai corak, binatang peliharaan sugar glider dan stiker.
Acara di sebelah petang ditamatkan dengan perlepasan konvoi 'SYM Mega Sunset 10KM Ride'. Walaupun hujan yang lebat, acara di sebelah malam cukup meriah dengan majlis makan malam dan pertunjukan ‘live band.' RR
Popular