Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2018

Royal Enfield Rasmi Pusat Pameran Terbaru

Bagi pencinta motosikal, nama Royal Enfield (RE) tidak perlulah diperkenalkan lagi. Ia dilahirkan di United Kingdom pada tahun 1901 dan produksi jentera hebat ini masih berjalan dengan lancar hingga ke hari ini. RE juga sudah tidak asing lagi buat para penunggang di Malaysia dan pastinya ini adalah berita baik buat para peminat jentera RE. Anda kini berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat barisan model-model terbaru di pusat pameran Royal Enfield yang terletak di No.33 Jalan 15/23, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, Shah Alam.

Dato’ Chear (tiga dari kanan) bersama para VIP merasmikan pusat pameran terbaru Royal Enfield di Shah Alam.

Menerusi RE Motorcycles Sdn Bhd yang selaku pengedar eksklusif jenama ini, pusat pameran tersebut telah direka dengan istimewa mengikut warna dan gaya korporat RE yang cukup menarik. Menurut Pengurus Besar RE Motorcycles Sdn Bhd, En. M. Syahrul, kesemua model Royal Enfield seperti Classic 500, Redditch 350, Classic 350, Bullet 350 & 500, Bullet ES, Rumbler 500, Continental GT Cafe Racer 535, Classic Military dan Classic 500 Chrome telah sedia untuk dimiliki pada harga bermula RM28,388 hingga RM44,500. Manakala model terbaru, Himalayan akan menyusul tidak lama lagi.

“Pusat pameran ini bersaiz 25,000 kaki persegi dan ia mampu memuatkan beberapa buah jentera RE, ruang menunggu khas untuk para pelanggan, barangan jualan aksesori dan pakaian RE. Kami juga bercadang untuk memperkenalkan dua buah pengedar RE di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh kira-kira tiga tahun,” tambah En. M. Syahrul.

Jentera-jentera RE terkenal di atas kemampuannya untuk ditunggang ke mana sahaja. Ia sesuai untuk perjalanan biasa, bersantai, bergaya dan juga digunakan untuk mengembara. Antara modelmodel yang istimewa ialah Bullet (350cc – 500cc) yang terkenal dengan keunikan lukisan tangan pada tangkinya. Model ini diperkenalkan pada tahun 1932 dan merupakan jentera paling lama/tua di dunia yang masih dipasarkan.

Classic pula adalah model paling popular di seluruh dunia kerana model ini masih mengekalkan rekabentuk vintage dan gaya jentera peperangan manakala model Continental GT 535 mendapat perhatian ramai kerana mewarisi rekabentuk asal ketika di zaman kegemilangannya, 1960an lalu. Sudah pasti dengan adanya RE Motorcycles Sdn Bhd, kita kini akan lebih dekat dengan jentera hebat ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Model Baru

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Untuk tahun 2025, Harley-Davidson menyenaraikan beberapa model yang telah diberikan nafas serba baru. Jom kita mulakan dengan model bobber 'otai' iaitu Street Bob. Street Bob ialah bobber yang kurus dan ramping dengan bar hendal jenis mini-ape yang dipadankan dengan enjin Milwaukee-Eight® 117 Classic V-twin bersesaran 1,923cc yang cukup padu!

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.