Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Jun 2018

Motosikal Ke 4,000,000 Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mencatat satu sejarah baru syarikat mereka dalam pengeluaran motosikal keempat juta yang mengetengahkan model popular Y15ZR berwarna hitam dan merah dihiasi dengan corak istimewa tertera angka empat juta pada badan motosikal tersebut. Majlis telah berlangsung pada 26 April lalu di kilang HLYM Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Turut dihadiri ialah En. Katsuaki Watanabe, Naib Presiden Eksekutif dan Wakil Pengarah Yamaha Motor Co. Ltd., Japan bersama Dato' Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM.

“Komitmen yang diterima daripada pasukan berdedikasi, kakitangan kilang hingga ke wakil jualan, vendor, rakan kongsi serta rangkaian pengedar di seluruh Negara telah menjadikan majlis pada hari ini berjalan dengan lancar. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yamaha Motor Company, Japan atas sokongan mereka,” kata Dato' Jim Khor.

Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang cukup hebat dengan kehadiran lebih daripada 150 orang. Mereka yang datang berpeluang menyaksikan pelbagai model keluaran Yamaha dari motosikal pertama keluaran HLYM sehingga kini.

Bermula dari tahun 1979, pengeluaran model pertama motosikal RX100 telah membuatkan jenama Yamaha terus popular dalam dunia dua roda. Antara model yang dikeluarkan awal oleh pihak HLYM adalah Passola pada tahun 1983, Virago 535 dalam keluaran 1995 sebagai model 500cc yang pertama, SRE antara motosikal empat lejang pertama pada 1997.

Pada tahun 1994, HLYM telah mencipta sejarah apabila motosikal berkembar tempatan iaitu 110SS sebagai model yang mencatatkan keluaran motosikal Yamaha kesejuta yang pertama dipasang dalam barisan pengeluarnya. Syarikat tersebut telah berkembang pesat, muncul sebagai pemimpin pasaran, disokong oleh rangkaian yang kuat dan luas. Barubaru ini HLYM juga telah melancarkan program transformasi yang dirancang untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan ke peringkat seterusnya.

Pada masa kini, HLYM mempunyai pelbagai variasi model yang telah dikeluarkan iaitu Lagenda 115Z, 135LC, Y15ZR, NVX 155, Nmax 155, XMax 250, FZ150i, Ego Solariz, Ego Avantiz, MT-07 dan MT-09.

“Usaha dan inisiatif kami selaras dengan ketiga-tiga kata tonggak ini – Komitmen, Usaha dan Keghairahan serta Kebanggaan. Kami akan terus berdiri dengan komitmen untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, sesuai dengan piawaian global Yamaha yang diiktiraf,” tambah Dato' Jim Khor. RR

Isu Pada

Jun 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.