Cabaran Pan Borneo Adventure 2017 Bersama Jentera CMC Takken
Seri Stamford College telah menganjurkan satu pengembaraan lasak ke Sabah dan Sarawak dengan menunggang enam buah jentera CMC Tekken. Perjalanan yang penuh cabaran ini dinamakan Pan Borneo Adventure 2017 dan lebih mengagumkan apabila ia disertai oleh lima orang pensyarah dan seorang pentadbir. Selain Seri Stamford College, pengembaraan selama tujuh hari ini turut mendapat sokongan Chear Global, FINAS, Platinum Encoded, PACOS TRUST dan Welly Auto.
Para pengembara hebat ini terdiri daripada Dato' Vincent Leong (Mentor Pasukan), Eng Fu Ji (Head of Pre-University Studies), Yogeswaran (Pensyarah Akaun), Alex Lee (Kaunselor Pelajar), Sofian (AgroTech, IRIS Corporation) dan Eng Lim Kooi (CEO, Platinum Encoded). Untuk menjadikannya lebih berharga, pengembaraan ini akan didokumentarikan oleh para pelajar Seri Stamford College dengan pengarahan dan pemantauan S. Kesawan, pengarah tempatan yang pernah menerima anugerah Best Short Film Director dan pernah mendapat latihan di Hollywood.
Objektif pengembaran ini dilakukan ialah untuk merapatkan jurang di antara rakyat Malaysia dari semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pan Borneo Adventure ini cukup unik kerana buat pertama kalinya sebuah kolej swasta telah berkolaborasi dengan PACOS TRUST dan beberapa NGO di Malaysia Timur untuk mempromosi dialog murni di antara rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. PACOS TRUST merupakan sebuah organisasi komuniti yang berdedikasi dalam memberi sokongan kepada masyarakat orang asli di Sabah. RR
Popular