Honda CB650F & CBR650F Dengan Warna Serba Baru
Boon Siew Honda Sdn Bhd melangkah ke tahun 2017 dengan cukup berkeyakinan sekali dan dimulakan dengan pengumuman kemunculan Honda CB650F dan CBR650F dengan warna serba baru yang mantap dan eksklusif. Model yang ternyata popular di kalangan peminat motosikal di Malaysia ini ditawarkan dalam dua skima warna menarik iaitu Matte Black/Red Chassis dan Matte Black/White Chassis.
Dengan pengenalan kepada dua warna ini, pastinya CB650F dan CBR650F akan lebih diminati dan mendapat sambutan hangat. Kedua-dua model ini didatangkan dengan panel meter digital, meter perjalanan, jam, tahap bahan api, sistem sekuriti HISS dan lampu belakang jenis LED. Jentera empat silinder ini menawarkan kuasa maksimum setinggi 61kW pada 9,500rpm dan tork 63Nm pada 8,000rpm. Kecekapan dan kelancarannya memecut disumbangkan oleh enjin empat lejang DOHC, sejukan cecair dengan sistem pancitan bahan api elektronik (PGM-FI).
Kedua-dua model Honda ini boleh dimiliki pada harga mampu milik iaitu RM44,730.94 (CB650F) dan RM46,850.94 bagi model CBR650F termasuk GST dengan jaminan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR
Popular