BMW Motorrad Kini Di Negeri Sembilan
Berita baik buat para peminat dan pencinta motosikal terutamanya di Negeri Sembilan. Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia dengan rasminya telah membuka pusat pameran yang pertama di Seremban, Negeri Sembilan pada pertengahan bulan Mac lalu. Perasmian ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan serta penggemar motosikal premium di selatan tanahair.
Pengarah Urusan Millennium Welt, En. Bryan Wong menegaskan, “Kami telah lama menjalin kerjasama yang baik dengan BMW dan MINI. Kami adalah wakil jenama ini di Seremban termasuk Batu Pahat dan Kuantan. Jesteru, kami berbesar hati dengan usahasama terbaru menerusi pembukaan divisyen beroda dua dengan menempatkan jenama BMW Motorrad bagi pencinta motosikal.”
“2017 adalah tahun pemecahan rekod buat BMW Motorrad di Malaysia. Selain rekod yang memberangsangkan, kami juga telah menambah lima model motosikal premium terbaru ke dalam portfolio dan berharap untuk meneruskan perkembangan positif ini pada tahun 2018. Untuk tujuan itu, dimulakan dengan pembukaan pengedar terbaru ini iaitu Millennium BMW Motorrad di Negeri Sembilan,” kata Ketua BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley.
Penjualan jentera BMW di seluruh dunia telah meningkat sebanyak 13.2% dengan jumlah 164,153 unit manakala di Malaysia sahaja, sebanyak 1,052 unit telah berjaya dijual. Ini telah mencatatkan nilai kenaikan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya.
Millennium Welt merupakan pengedar ke11 BMW Motorrad di Malaysia dan dibina cukup istimewa dengan ruang-ruang yang unik, selesa dan cukup menarik. Bertempat di Jalan Tun Dr Ismail, ruangan ini juga mampu mempamerkan lebih daripada 10 buah jentera BMW pada satu-satu masa dan semestinya menjadi tempat persinggahan dan santai buat para pencinta motosikal khususnya pemilik BMW. RR
Popular