Warna Baru Kawasaki Z900
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) dengan bangganya memperkenalkan skima warna terbaru untuk model Z900. Tidak dinafikan lagi, model jalanan ini telah mendapat maklum balas yang cukup positif di kalangan para pencinta motosikal di Malaysia. Untuk terus memberikan produkproduk terbaik buat para pelanggan dan pencinta jentera Kawasaki, Z900 diperkemaskan dengan warna baru iaitu Metallic Green Black.
Z900 terkenal dengan kekuatan enjinnya iaitu 125ps pada 9,500rpm dan tork 98.6Nm pada 7,700rpm. Untuk menjadikan lebih mantap di jalanan, model ini telah dilengkapkan dengan slipper clutch dan sistem ABS. Posisi menunggangnya yang cukup selesa menjadikan Z900 antara model jalanan terbaik pernah dihasilkan.
Dengan hadirnya warna baru ini, Z900 boleh dimiliki dalam empat warna berbeza iaitu warna Kelabu dan Hijau untuk model standard manakala model Edisi Istimewa pula juga ditawarkan dalam dua warna iaitu Biru Metalik dan Merah Metalik. RR
Popular