Warna Baru Yamaha MT-07
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya memperkenalkan skima warna terbaru untuk model jalanan popular mereka, MT-07. Usaha gigih yang konsisten ini bertujuan untuk menonjolkan dan memperkemaskan lagi rupabentuk luaran model jalanan ini.
Model jalanan ini ternyata semakin mendapat sambutan di kalangan para penunggang motosikal di Malaysia dan dibuktikan dengan kejayaan penjualan kedua terbesar dalam segmen big bike di HLYM untuk tahun 2016.
MT-07 diminati kerana menawarkan hamburan kuasa yang cukup mantap dan lancar. Enjin 689cc, dua silinder, sistem sejukan cecair, DOHC memberikan kuasa setinggi 55kW pada 9,000rpm dan tork 68.0Nm pada 6,500rpm. Selain prestasi enjin yang mantap, MT-07 merupakan sebuah jentera jalanan yang mudah untuk dikendalikan tidak kira di mana sahaja. Pakej saspensi hadapan dan belakangnya yang cemerlang membolehkan kita memecut dengan penuh keyakinan. Keselesaannya juga membolehkan MT-07 ditunggang ke tempat kerja, di litar mahu pun untuk pengembaraan.
Yamaha MT-07 kini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Night Fluo dan Yamaha Blue. Harga asas lepas GST (tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans) ialah RM36,795.78. RR
Popular