SYM Gempaq Penang 2.0 Bakal Menggegar!
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (SYM Malaysia) bakal menjadi penaja utama program hebat, ' SYM Gempaq Penang 2.0' yang akan dianjurkan pada 1 April 2017. Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 7 Januari lalu yang disempurnakan oleh Datuk Mohd Zaini bin Mohd Said, Penaung Komuniti Sehati Sejiwa dan Pengurus Perhubungan Kerajaan SYM Malaysia, En. Mohamad Fauzie.
Program ini adalah hasil kerjasama di antara SYM Malaysia dan Komuniti Sehati Sejiwa yang bertujuan untuk mengadakan pertemuan, ride dan jamuan makan malam yang bakal disertai lebih daripada 1,000 orang pemilik motosikal jenama SYM dari Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia. 'SYM Gempaq Penang 2.0' juga bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Records.
'SYM Gempaq Penang 2.0' akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang manakala jamuan malam dan cabutan bertuah pula diadakan di sebelah malam. Antara aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut seperti pemberian minyak petrol percuma kepada kira-kira 1,000 buah motosikal, penukaran helmet baru, servis motosikal jenama SYM, jualan aksesori motosikal, kempen derma darah, berkonvoi dan jamuan.
Dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 setiap seorang, para peserta akan menerima sehelai baju-t konvoi, stiker konvoi, beg goodies, makan malam dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal SYM. RR
Popular