Ducati Red Weekend Menghargai Para Pelanggan
Demi menghargai pelanggan dan peminat setia jenama motosikal yang sinonim dengan warna merah ini, Ducati Malaysia telah menyambut perayaan Red Weekend pada Januari lalu bertempat di Naza Automall Petaling Jaya.
Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik minat pengunjung antaranya pertandingan gusti lengan yang menawarkan hadiah seperti barangan menunggang, persembahan muzik secara langsung dan tawaran barangan Ducati pada harga yang berpatutan. Makanan dan minuman secara percuma turut disediakan untuk pengunjung yang hadir.
Selain itu, Ducati Red Weekend turut mengadakan sesi pandu uji model-model Ducati yang terbaru di pasaran seperti model Multistrada 1200 Enduro, 959 Panigale, Hyper Strada 939, Monster 821 dan Scrambler Ducati (Icon & Sixtytwo). Empat lagi cawangan Ducati Malaysia turut serentak mengambil bahagian memeriahkan Ducati Red Weekend ini di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sungai Buloh dan Johor.
Sempena dua hari berlangsungnya acara ini, satu majlis penyampaian hadiah bertuah telah diadakan untuk menyerahkan hadiah utama Peraduan Merdeka Auto Fair Belanja dan Menang anjuran NAZA World pada penghujung tahun lalu. Sebuah Ducati Panigale 1199 ABS dengan rekaan khas WSBK telah berjaya dimenangi oleh Pn. Juzaimi Binti Hassan selepas pembelian sebuah Ducati Monster 821. Manakala lima unit Vespa LT150 (hadiah sagu hati) turut disampaikan kepada para pemenang yang telah membeli kenderaan mereka di NAZA World. RR
Popular