Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 Mei 2018

Jom Menang Ducati Monster 797

Ingin memiliki sebuah Ducati Monster 797? Sekiranya anda sememangnya mengimpikannya, inilah peluang anda untuk memenangi jentera jalanan hebat tersebut! Caranya hanya dengan menyertai peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance yang diadakan bermula 1 April hingga 31 Mei 2018 nanti.

Jentera Ducati Monster 797 merupakan Hadiah Utama bagi Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance tahun ini. Turut menanti para peserta ialah dua pasang kaca mata hitam berjenama Oakley sebagai hadiah untuk dua orang pemenang pada setiap minggu. Keputusan peraduan ini akan diumumkan di Laman Facebook Shell (www.facebook.com/Shell) dan di laman web rasmi Shell Malaysia.

Untuk menyertainya, anda hanya perlu membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 (tidak termasuk GST) dalam satu resit dari mana-mana bengkel berjenama Shell Advance, bengkel-bengkel persendirian yang mengambil bahagian atau Gedung Rasmi Dalam Talian di Lazada Malaysia. Jawab satu soalan mudah, ambil gambar resit anda dan hantar penyertaan anda melalui WhatsApp (018- 3791326) atau email ke [email protected].

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan, promosi tersebut adalah bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para penunggang bijak yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.

“Dengan Shell Advance, anda boleh redah segala yang tidak dapat diduga dan berani mengejar impian anda. Bagi ramai penggemar motosikal dan peminat MotoGP, ianya adalah satu impian untuk memiliki sebuah jentera Ducati dan kami ingin membantu menjadikannya satu realiti,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/ Advance. RR

Isu Pada

Mei 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.