Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 3 Mei 2018

One Ride Royal Enfield

Bila tiba sahaja bulan April pada minggu pertama, para pemilik motosikal Royal Enfield (RE) di seluruh dunia akan mengadakan “One Ride Royal Enfield”. Acara sebegini hanya akan dilakukan setahun sekali sahaja dan pada 8 April lalu, RE Malaysia telah memilih Janda Baik sebagai destinasi konvoi pada tahun ini. Seramai 57 penunggang jentera Royal Enfield dari pelbagai model menyertainya.

Sejak awal pagi lagi para peserta konvoi sudah mula berkumpul dan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak penganjur. Perkarangan Royal Enfield Motorcycle di Shah Alam penuh dengan jentera yang dimiliki oleh para pencinta dunia motosikal retro. Kita dapat melihat, jentera ini diminati oleh semua golongan masyarakat tidak kira umur dan bangsa. Untuk perjalanan konvoi pada hari tersebut, ia telah dikawal sepenuhnya oleh dua orang anggota trafik dan tiga orang pengiring.

Perjalanan sejauh 74 kilometer ini bermula dari Shah Alam pada jam 9.00 pagi melalui Lebuhraya Persekutuan. Untuk destinasi pertama, para peserta berhenti sebentar di Kompleks Sukan Pandamaran Klang untuk memeriahkan Karnival PDRM. Ramai orang yang hadir di sini tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada hari tersebut seperti kayuhan basikal, menunggang kuda, jualan baju pelbagai corak, pameran motosikal, kempen derma darah dan lain-lain.

Selepas 30 minit berhenti, perjalanan konvoi disambung semula kira-kira pada jam 10.00 pagi kali ini dengan menggunakan Lebuhraya NKVE dan DUKE. Pergerakan konvoi cukup lancar kerana adanya kerjasama yang cukup baik di kalangan para peserta serta menerima segala arahan daripada pihak polis dan pengiring.

Sampai sahaja di susur keluar masuk Lebuhraya Karak, jentera-jentera R.E kemudiannya diarah melalui jalan Gombak yang dipenuhi dengan kawasan perkampungan dan hutan. Memang mencabar menggunakan laluan ini kerana para peserta perlu mengharungi banyak selekoh yang ada. Ternyata ia tidak menjadi masalah buat penunggang-penunggang jentera Royal Enfield untuk melayan dan menikmati jalan-jalan seperti ini. Memang menyeronokkan!

Kira-kira jam 11.30 pagi, konvoi akhirnya tiba di destinasi yang dituju iaitu Laman Ibu @ Janda Baik. Sampai sahaja, peserta konvoi disediakan dengan juadah makan tengahari yang cukup lazat setelah penat menunggang selama hampir dua jam. Ada kambing bakar, nasi, lauk pauk, kuih muih dan buah-buahan. Mmmm… memang sedap!

Jentera Classic 350 yang ditunggang oleh Tuan Hj Jamil.
Jentera Classic 350 yang ditunggang oleh Tuan Hj Jamil.

“Saya amat berpuas hati kerana dapat beriadah sambil menikmati udara segar dan membuat aktiviti yang berfaedah. Saya menunggang jentera ini kerana minat. Selain model Royal Enfield 500 Classic, saya juga memiliki model lain seperti BMW. Sememangnya saya suka sertai acara konvoi apalagi kalau ada ride amal, pasti tidak akan melepaskan peluang ini,” kata En. Zakaria dari Shah Alam.

“Puas hati menunggang bersama penunggang lain yang sama meminati model R.E. Menunggang dari Shah Alam sehingga ke Janda Baik amat mencabar buat saya kerana ini merupakan kali pertama mengikuti konvoi beramai-ramai. Saya menunggang jentera Royal Enfield 500 Classic, baru dua bulan memilikinya. Menunggang di atas jalan amat menyeronokkan dengan classic bike ini. Jika anjurkan lagi pada tahun hadapan, saya tidak akan melepaskan peluang untuk sertai One Ride ini,” kata Ismail dari Banting.

Untuk meriahkan lagi suasana, pelbagai aktiviti diadakan seperti karaoke dan sumpit. Terdapat juga acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Memang riuh rendah dibuatnya! Majlis pada hari tersebut tamat tepat jam 2.30 petang. Kesemua peserta mula bersiap sedia untuk pulang. Walaupun masa yang diperuntukkan agak singkat, para peserta amat menyukainya dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang. RR

Isu Pada

Mei 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.