Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 11 April 2016

GIVI Lancar Produk Terbaru & GIVI Day

GIVI sentiasa memperbaharui dan memberi inovasi teknologi terkini pada produknya demi memenuhi kehendak pengguna motosikal di Malaysia. Majlis pelancaran produk terbarunya telahpun diadakan di GIVI Point, Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Kotak barang E43 MULEBOX yang terdiri daripada dua versi E43NML-ADV/E43NMK-ADV (Advance) dan E43NML-E43NMK adalah model asas. Kotak barang terbaru ini mampu memuatkan dua buah topi keledar penuh muka dan berkapasiti 43 liter padu. Ia diperbuat daripada bahan Polipropilena yang berkualiti untuk memastikan struktur yang kukuh. Kotak barang ini juga turut dilengkapi dengan sistem kunci monolock dan monokey. Antara aksesorinya adalah jaring pengikat elastik, pelapik dalam kotak barang dan penyandar belakang.

Kotak barang kedua yang berkapasiti 36 liter padu ini juga didatangkan dengan dua versi. B360N dengan reflektor berwarna merah dan B360NT dengan reflektor berwarna gelap. Kotak barang ini mempunyai rekabentuk yang moden dan memiliki sistem kunci monolock yang memudahkan penunggang untuk memasang dan menanggalkannya dari rak belakang motosikal. Ianya amat praktikal dan mampu memuatkan satu topi keledar penuh muka.

Kiri: En. Joseph Perucca, Pengarah Operasi Luar Negara Kumpulan GIVI dan En. On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn. Bhd. melancarkan produk terbaru GIVI.
Kiri: En. Joseph Perucca, Pengarah Operasi Luar Negara Kumpulan GIVI dan En. On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn. Bhd. melancarkan produk terbaru GIVI.

Turut diumumkan pada hari tersebut ialah pemenang cabutan bertuah “Menangi Motosikal Terbaru Special Edition.” Cabutan bertuah ini telah dijalankan pada Oktober tahun lalu bersempena dengan Konvoi GIVI ke MotoGP 2015. Tahniah diucapkan kepada saudara Ashaari bin Abdul Ghafar dari Selangor kerana memenangi sebuah motosikal Modenas CT115 baru rekaan khas dari GIVI lengkap dengan kotak barangan.

Kesinambungan daripada pelancaran produk-produk baru ini, pihak GIVI Malaysia turut menganjurkan GIVI Open Day seminggu kemudian untuk memberi peluang kepada wakil-wakil pengedar dan pihak media melihat sendiri cara pembuatan produk-produk berkualiti ini di kilang mereka di Bukit Beruntung.

Kilang yang bersaiz kira-kira 10,000 meter persegi ini mengeluarkan 2,000 jenis barangan pelbagai jenis seperti kotak barang, rak mono, pakaian keselamatan, topi keledar dan banyak lagi. Ia mempunyai 120 orang pekerja yang bertugas dalam dua syif berbeza dan 99% proses pembuatan produk-produk GIVI dilakukan di kilang ini.

En. Joseph Perucca menunjukkan bahan mentah untuk membuat kotak GIVI.
En. Joseph Perucca menunjukkan bahan mentah untuk membuat kotak GIVI.
Bilik pameran yang terdapat di kilang GIVI.
Bilik pameran yang terdapat di kilang GIVI.

Menerusi taklimat dan penerangan daripada En. Joseph Perucca, Pengarah Operasi Luar Negara Kumpulan GIVI, syarikat yang berpengkalan di Itali ini amat mementingkan kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Pelbagai proses kitar semula dan cara pembuangan sisa dilakukan tanpa sebarang pencemaran yang membahayakan nyawa. Selain itu, GIVI juga merupakan sebuah syarikat yang bukan sahaja mengeluarkan suatu produk tetapi juga ia adalah tempat pembangunan dan penelitian yang dilakukan agar setiap pengeluaran GIVI amat berkualiti tinggi.

GIVI juga sanggup menggunakan modal yang lumayan serta tempoh yang lama untuk memastikan kualiti dan tahap keselamatan yang tinggi dikekalkan. Mesin dan teknologi akan sentiasa ditukar setiap lima tahun. Bagi petugas di bahagian pemasangan kotak barang, mereka akan bertukar tempat agar setiap pekerja mengetahui prosedur sebenar cara penggunaan komponen dan pemasangan dengan betul.

Untuk menghasilkan rak mono yang sesuai bagi sesebuah motosikal juga tidak semudah yang disangka. GIVI akan melakukan penyelidikan terlebih dahulu untuk mencipta rak mono ini sesuai dengan jentera yang akan dipasang padanya. Penelitian ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya gegaran, kesukaran menukar arah bagi penunggang dan gangguan pengendalian ketika menunggang. GIVI ternyata berjaya menawarkan pelbagai barangan yang menjadikan setiap penunggang motosikal berada di jalanan dengan selesa dan selamat. RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.