Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 11 April 2016

Macam-Macam Ada di Shell One-Stop Petrol Mart

Selari dengan program transformasi tiga tahun iaitu Welcome to Shell yang menyasarkan layanan terbaik buat pengguna jalan raya di negara ini, Shell Malaysia telah memperkenalkan kedai konsep terbaru di stesen-stesen Shell pilihan di seluruh negara. Stesen Shell yang berkonsep baru ini direka untuk menawarkan ruang makan yang cukup besar dan selesa buat para pengunjung yang hadir. Di majlis yang sama juga pihak Shell telah memaklumkan rancangan mereka untuk menaikkan taraf lebih daripada 100 buah kedai Shell Select kepada Shell Premium Store pada tahun ini.

Antara stesen yang terpilih untuk dilakukan transformasi ini ialah SH Shell Damansara Jaya dan di sini, ia menawarkan pelbagai jenis makanan yang dapat dinikmati di suasana yang lebih bersih, bertenaga dan persekitaran yang mesra pengguna. Turut ditawarkan kepada para pelanggan di kedai serba baru ini ialah pelbagai snek dan minuman popular seperti Krispy Kreme dan Boost Juice. Pengenalan kepada konsep baru ini datangnya daripada penilaian kehendak para pelanggan yang hampir 90% di antara mereka menginginkan sebuah stesen minyak yang lengkap dengan tempat berehat. Empat daripada lima pelanggan pula ingin berkunjung ke stesen yang bersih, ceria dan terang.

Dari kiri: En. Nick Tiernan, pemilik Boost Juice Malaysia, Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. & Shell Timur Sdn. Bhd., Ms. Yau Su Peng, Pengarah Jualan, Berjaya Corporation Berhad.
Dari kiri: En. Nick Tiernan, pemilik Boost Juice Malaysia, Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. & Shell Timur Sdn. Bhd., Ms. Yau Su Peng, Pengarah Jualan, Berjaya Corporation Berhad.

“Menerusi kajian, kami dapati sekurang-kurangnya 76% sebuah stesen itu menjadi pilihan pengguna kerana ia dilengkapi dengan ruang kedai runcit. Berdasarkan maklumat ini, kami melancarkan kedai konsep terbaru di Shell Select agar para pelanggan dapat menikmati pengalaman dan makanan yang lebih sempurna,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Datuk Azman Ismail di majlis pelancaran.

Pihak Shell juga ingin menjadikan setiap perjalanan warga Malaysia itu dipenuhi dengan keceriaan dan keseronokan. Di Shell Select, para pengguna jalan raya bukan sahaja dapat mengisi bahan api tetapi juga pada masa yang sama berhenti seketika untuk menghilangkan dahaga dan mengisi perut yang kosong dengan juadah-juadah lazat yang ditawarkan. Selain daripada 30 buah stesen yang kini telah bertukar kepada konsep serba baru, lebih 100 buah stesen Shell yang lain akan berwajah baru dengan adanya ruang rehat berserta Wi-Fi, tandas lebih cantik dan ruang solat. RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.