Yamaha NVX 2019 Tawar Prestasi Lebih Mantap
Yamaha NVX 155 merupakan antara skuter yang cukup popular di kalangan para pengguna motosikal di Malaysia. Ini adalah kerana NVX memiliki ciri-ciri menarik seperti prestasi enjin yang mantap (11.0kW pada 8,000rpm), panel meter LCD bersaiz 5.8”, lampu-lampu LED, sistem ABS, sistem kunci pintar dan banyak kali.
Untuk terus menawarkan keseronokan bersama skuter ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah melancarkan edisi terbaru Yamaha NVX 2019 yang telah dikemas kini untuk tunggangan lebih meyakinkan. Model 2019 kini dikemaskan dengan sistem saspensi yang telah dinaiktaraf – penyerap hentak belakang dilengkapi dengan sub-tangki yang menjadikan pengalaman menunggang lebih selesa. Di samping itu, penambahan sub-tangki ini juga membuatkan rekabentuk NVX baru lebih sporty.
NVX 2019 menampilkan rekacorak serba baru yang segar dan elegan dengan tiga warna pilihan iaitu Race Blu, Fiery Red dan Active Yellow. Model terbaru NVX ditawarkan pada harga RM9,988 dan akan mula berada di pengedar-pengedar sah Yamaha bermula Disember 2018. RR
Popular