Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 2 Januari 2017

SYM Malaysia Bakal Lancarkan CruiSYM 300i

SYM CruiSYM 300i telah diperkenalkan di Intermot, Cologne pada Oktober tahun lalu dan dengan serta merta ianya berjaya menarik perhatian para pencinta motosikal di seluruh dunia. Skuter maksi ini menawarkan rekabentuk luaran yang canggih dan futuristik. Menurut Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad, SYM CruiSYM 300i ini bakal dilancarkan ke pasaran negara menjelang suku kedua tahun 2017.

Bahagian hadapan SYM CruiSYM 300i diperkemaskan dengan sepasang lampu ‘fisheye’ yang diilhamkan daripada lampu LED ‘eyebrow’ SYM. Manakala lampu belakangnya berbentuk heksagon menyerlahkan lagi kemewahan mesin ini.

Demi memberikan keselesaan buat para pemilik SYM CruiSYM 300i, cermin penghadang angin model ini boleh dilaras dan menawarkan ruang tempat letak kaki yang selesa untuk perjalanan jarak jauh. Skuter ini dilengkapi dengan ruang simpanan di bawah tempat duduk yang amat besar untuk menyimpan dua unit topi keledar, baju hujan, ‘gloves box’, port USB, pengecas 12volt dan barang-barang peribadi lain. RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.