Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Januari 2019

Royal Enfield Gegar Bandar Hatyai

Royal Enfield (RE) merupakan jenama motosikal yang sudah membuktikan keupayaannya sejak pada tahun 1910. Jentera ini digunapakai oleh pelbagai jenis penunggang dari latar belakang yang berbeza. Ketahanan mesin ini turut membolehkan ia dipacu bukan sahaja oleh pengguna jalan raya biasa malah dipercayai oleh pihak polis dan tentera. Bagi pengembara motosikal pula, jenama RE telah membolehkan mereka menikmati keindahan dunia dengan kemampuan meredah pelbagai jenis jalan dan muka bumi walau sesukar mana sekalipun. RR juga telah banyak berkongsikan pengalaman mengembara bersama jentera RE hampir ke seluruh dunia.

Pada akhir November lalu, RE Malaysia telah menganjurkan konvoi ke Hatyai dan ia adalah sebahagian aturcara yang istimewa buat para pelanggan dan pemilik RE. Penganjuran ride ke Thailand kali ini berjarak lebih daripada 500 kilometer yang disertai oleh 30 buah motosikal RE pelbagai jenis. Selain dapat bertemu rakan taulan, para peserta turut berpeluang menikmati pemandangan yang cukup cantik dan menyegarkan sepanjang perjalanan ke tempat yang dituju.

R&R Sungai Buloh dipilih sebagai tempat berkumpul dan satu persatu jentera RE mula tiba seawal jam 6.00 pagi. Setiap peserta segar, ceria dan bersemangat – inilah seronoknya berkonvoi dengan para penunggang yang berpengalaman. Selepas semuanya tiba, taklimat telah diberikan oleh ketua konvoi yang memberi tumpuan kepada tunggangan yang berdisiplin dan selamat. Biarlah kesemuanya berjaya tiba ke destinasi dengan keceriaan.

Dengan posisi menunggang yang selesa, jentera-jentera RE membelah udara pagi yang dingin penuh bergaya. Dengan bantuan dan kawalan ketua konvoi, kelajuan setiap jentera dapat ditentukan sekitar 110km/j. Sememangnya menunggang di waktu pagi cukup menyeronokkan kerana cuaca tidak panas dan kurang trafik. Selesa sungguh! Konvoi berhenti untuk mengalas perut dan menambah isi tangki jentera masing-masing di R&R Tapah. Ini juga kesempatan buat para peserta untuk meregangkan badan dan berbual mengenai jentera masing-masing.

Perjalanan kemudiannya diteruskan untuk jarak 186 kilometer dengan masa lebih daripada dua jam. Setiap tangki jentera RE dipenuhkan semula. Konvoi sekali lagi berhenti untuk makan tengahari di R&R Gurun dan perhentian seterusnya ialah di Changlun untuk membuat insurans bagi perlepasan untuk masuk ke Thailand. Proses di pejabat imigresen Bukit Kayu Hitam juga berjalan dengan lancar. Aktiviti pada hari pertama santai. Masing-masing bebas untuk ke mana sahaja. Ada yang bersiar-siar di dalam bandar, ada yang mencari kedai makan popular dan ramai juga yang pergi membeli cenderahati untuk dibawa pulang.

24 November 2018

Para peserta kemudiannya berkunjung ke satu lagi destinasi 'wajib' melawat iaitu Songkhla. Antara tarikan utama di pantai Songkhla ialah Patung Duyung yang dibuat berdasarkan kisah dongeng percintaan seorang nelayan muda dengan gadis duyung. Kisah percintaan ini sememangnya lagenda yang cukup dekat dengan masyarakat. Para peserta juga berkesempatan menikmati makan tengahari di pantai ini dengan pemandangan yang cukup indah dan menarik.

Lebih kurang jam 2.00 petang, para peserta kembali ke hotel untuk berehat seketika kerana di sebelah petang, kesemua akan ke Pasar Terapung (Floating Market) pula. Memang seronok berkunjung ke pasar ini dan setiap pelancong teruja dengan sistem perniagaan atas air yang cukup unik. Macam-macam ada dijual di pasar ini seperti makanan, sayuran, buah-buahan, pakaian dan cenderahati. Memang ramai yang mengambil masa yang lama di Floating Market untuk memilih barangan masing-masing. Aktiviti pada hari tersebut berakhir dengan majlis makan malam.

Ahad (25 November 2018)

Selamat tinggal Hatyai... jam baru pukul 8.00 pagi dan semua peserta sudah bersedia untuk bergerak pulang ke Malaysia. Seperti biasa, tidak kira panas, sejuk atau 'extra' sejuk, jentera RE dapat dihidupkan dengan mudah sekali. Selepas Bukit Kayu Hitam, konvoi singgah ke stesen minyak PETRONAS untuk mengisi petrol dan membeli sedikit bekalan untuk alas perut.

Cuaca semakin mendung apabila konvoi menghampiri negeri Perak. Selepas hentian Bukit Gantang, hari semakin gelap dan akhirnya kesemua peserta terpaksa menunggang dengan cermat dan lebih berwaspada apabila hujan mula turun dengan lebat setibanya mereka di Ipoh. Hujan mula reda dan akhirnya berhenti ketika para peserta tiba di Rawang. Titik pertemuan terakhir ialah di R&R Sungai Buloh dan paling menggembirakan apabila penganjuran Ride To Hatyai berjalan dengan jayanya. Para peserta konvoi cukup berpuas hati dan berharap agar konvoi seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dengan destinasi-destinasi baru yang lebih menarik. RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.