Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 April 2018

Benelli Dynamic Day 2018

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan Benelli Dynamite Track Day pada 17 Mac lalu untuk memberi peluang kepada wakil media merasa dan menikmati prestasi yang ditawarkan pada model-model Benelli antaranya TnT 135 LE, Leoncino 500 dan RFS150i di Speedway PLUS Karting Circuit USJ (Litar Elite). Pada hari yang sama juga orang awam turut diberi peluang untuk merasai sendiri kemantapan jentera-jentera tersebut.

“Program pada hari ini bertujuan untuk menghargai mereka yang sentiasa menyokong kami dengan memberi special test ride untuk ketiga-tiga model yang disediakan. Model yang popular setakat ini adalah RFS150i dan TnT 135. Model TnT135 merupakan sejenis motosikal kategori 'fun bike’ yang semakin popular dan laris di Malaysia. Pada hari ini, kami turut memperkenalkan versi terbaru iaitu Limited Edition TnT 135 yang diubah di beberapa bahagian serta menambah 15 jenis aksesori pada model ini. Hanya 1,000 unit sahaja yang akan dijual di pasaran negara.”, kata En. Asri Ahmad, Pengurus Besar Mforce Bike Holdings.

En. Asri memberi taklimat mengenai acara Benelli Dynamite Day.
En. Asri memberi taklimat mengenai acara Benelli Dynamite Day.

Sebelum sesi tunggang uji bermula, para peserta telah diberikan sesi taklimat keselamatan semasa berada di dalam litar oleh Pegawai Petugas Litar, En. Zuraini. Berbagai nasihat dan tips penting telah dikongsi untuk memberikan lebih keyakinan kepada para peserta ketika berada di litar. Peserta yang mengambil peluang menguji jentera Benelli bermula cukup baik sekali dengan keadaan litar yang kering. Ia memudahkan lagi tunggangan mereka untuk memerah kuasa enjin ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Litar Speedway PLUS Karting yang sepanjang 990 meter mempunyai 14 buah selekoh yang cukup teknikal. Kemantapan jentera-jentera Benelli terbukti apabila setiap unit yang diuji meratah selekoh-selekoh dengan kemas dan meyakinkan. Kuasa hantaran yang lancar memberi kepuasan buat setiap peserta yang hadir pada hari itu. Selekoh tajam yang berada di sini turut memberi peluang buat para penunggang merasai kemantapan sistem brek dan sistem saspensi yang disempurnakan pada mesinmesin Benelli.

Aksi stunt show menggunakan model TnT 135 turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut. Pelbagai jenis aksi yang dipamerkan oleh dua penunggang yang berpengalaman iaitu Rung dan Saddum yang berasal dari Thailand. Sangat mengagumkan bila dilihat segala teknik dan kawalan hebat mereka. Di bahagian luar litar pula terdapat beberapa khemah yang didirikan antaranya pusat servis, jualan baju-t dan topi keledar berjenama terkenal LS2. Para peserta yang hadir tidak melepaskan peluang untuk servis jentera Benelli milik mereka secara percuma.

En. Tang Hai Kee, Pengurus Pemasaran YH PRO Motoworld Holdings Sdn Bhd.
En. Tang Hai Kee, Pengurus Pemasaran YH PRO Motoworld Holdings Sdn Bhd.

En. Nur-Bisyari (berbaju hijau), pemenang hadiah acara.

Turut dianjurkan ialah Pertandingan Motosikal Paling Cantik yang disertai oleh lima model TnT135 yang diubahsuai dengan cukup unik dan kreatif. Tahniah diucapkan kepada En. Fariz dari Ampang yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang acara ini. Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Ucapan tahniah juga diberikan kepada En. Nur-Bisyari dari Shah Alam yang berjaya membawa pulang sebuah topi keledar penuh muka LS2. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Model Baru

Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mood tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode'.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.