Yamaha Ego Solariz: Tampak Lebih Ceria Dengan Warna Baru
Ego Solariz merupakan antara model automatik keluaran Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) yang popular di kalangan para pengguna motosikal di Malaysia. Model ini dilengkapi dengan enjin sejukan udara, SOHC, bersesaran 125cc yang mempunyai kuasa maksimum 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm. Dengan tubuh yang langsing dan ringan (94kg), Ego Solariz sudah pasti cukup sesuai untuk tunggangan di kawasan urban khususnya.
Untuk menawarkan sesuatu yang lebih segar buat para peminatnya, Ego Solariz kini tampil dengan rangkaian warna baru yang lebih menarik, terkini dan mantap. Model automatik ini boleh dimiliki pada tiga warna pilihan iaitu Merah, Biru, Ungu dan Magenta. Harga jualan untuk Yamaha Ego Solariz 2018 tetap sama iaitu RM5,548.04 termasuk GST (tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). RR
Popular