Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 2 Februari 2016

Perjumpaan Honda CBR-RR Malaysia Bermesra & Saling Menghormati

Baru-baru ini para pemilik Honda CBR menganjurkan perjumpaan CBR-RR Malaysia buat kali ketiga sejak ianya mula diadakan pada tahun 2013. Tujuan mengadakan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli lama dan baru yang sebelum ini hanya dikenali dalam alam maya.

“Tahun ini kami berjaya memecahkan rekod tahun lalu dengan mengumpul sebanyak 231 buah motosikal CBR600RR dan CBR1000RR dari seluruh semenanjung Malaysia dan Singapura. Seramai 250 orang peserta mendaftarkan diri. Hampir tempoh sebulan diperlukan untuk menjayakan majlis ini dan kami mendapat respon yang memberangsangkan daripada semua ahli kelab yang menyertai perjumpaan ini. Terima kasih tak terhingga kepada semua penaja dan ahli jawatankuasa yang seramai 15 orang telah memberi komitmen tinggi untuk memeriahkan gathering Honda CBR-RR 2016. Pemilihan tempat di Marina Putrajaya untuk majlis ini juga dilakukan oleh ahli jawatankuasa dan mendapat persetujuan daripada semua peserta,” jelas En. Hairol, salah seorang pengasas kelab.

Sambil menikmati hidangan yang enak, para peserta juga dapat berkongsi ilmu bermanfaat bersama En. Ibrisyam Daud, bekas pelumba yang menyampaikan nasihat berguna mengenai keselamatan menunggang dan insurans motosikal. Satu sesi cabutan bertuah diadakan untuk memeriahkan majlis perjumpaan ini. Hadiah-hadiah menarik terdiri daripada topi keledar penuh muka, kasut menunggang, minyak pelincir, pelincir rantai, t-shirt, baucer servis motosikal di kedai terpilih, rantai motosikal dan banyak lagi.

Menurut En. Hafiz dan Tengku Ismail yang masing-masing berasal dari Kelantan dan Terengganu, mereka berpendapat bahawa objektif perjumpaan CBR-RR ini berjaya mengeratkan hubungan sesama ahli, berkenalan dengan ahli-ahli baru dan amat berpuas hati dengan acara yang diadakan hari ini. Mereka juga bersetuju dengan motto kelab iaitu Congregate (berkumpul), Befriend (berkawan) dan Respect (hormat) atau ringkasannya C.B.R amat bersesuaian sekali dengan kelab ini yang kesemuanya pemilik Honda CBR.

Turut menghangatkan majlis itu, dua orang artis undangan iaitu Mael Wings dan Ejam Medicine menghiburkan para peserta dengan menyampaikan lagu masing-masing. Para peserta turut serta menyanyikan lagu bersama-sama meriuh-rendahkan lagi suasana pada hari itu.

“Kami seramai 20 orang dari Singapura bersemangat dan teruja untuk hadir memeriahkan perjumpaan ini. Boleh dikatakan, ini adalah perjumpaan terbesar motosikal satu jenama yang pernah diadakan. Malah ramai di antara kami yang mendapat hadiah cabutan bertuah,” kata En. Kamsani.

Di luar dewan Marina Putrajaya diadakan pula aktiviti jualan aksesori motosikal dan pakaian menunggang. Sebanyak enam buah gerai dibuka dan mendapat sambutan daripada para peserta untuk membeli belah. Kemudian sesi bergambar kenangan diadakan di hadapan tasik Putrajaya dan mereka pulang dengan hati yang riang dan gembira.

Aktiviti seterusnya akan diadakan acara trackday di litar Sepang pada bulan Mei nanti. Kepada para pemilik Honda CBR 600-1000cc ke atas yang masih belum menyertai kelab ini, cepat-cepatlah ke laman facebook CBR-RR dan instagram untuk mengetahui dan mendapatkan info aktiviti yang selanjutnya. RR

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.