Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 2 Februari 2016

CMC XY400 Fun Ride

Chear Global Sdn Bhd telah menganjurkan konvoi amal pada 6 Disember lalu yang terdiri daripada 11 orang pemilik jentera retro CMC XY400 dan aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini turut disertai Presiden Chear Global Sdn Bhd, Dato' Chear Kin Keong, Ketua Pegawai Operasi Chear Global, En. Leong King Choon dan selebriti terkenal negara, Fauziah Latiff.

Dato’ Chear menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk kampung.
Dato’ Chear menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk kampung.

Konvoi bermula di hadapan kedai Sin Yi Hong Motor, Rawang seawal jam 8.30 pagi. Perjalanan ke perkampungan orang asli yang terletak di Batang Kali pada pagi itu cukup lancar dan menyerlahkan lagi prestasi CMC400 ini yang terbukti mempunyai hantaran kuasa tepat dan pengendalian yang mudah. Ciri-ciri mantap ini turut mendapat perhatian Fauziah Latiff yang menikmati perjalanan dengan seronok sekali. Sebaik sahaja tiba di destinasi, rombongan konvoi telah memberi pelbagai jenis sumbangan seperti beras, minyak masak, gula, garam, makanan tin dan lain-lain lagi. Kegembiraan terpampar di wajah kanak-kanak di sini ketika berkongsi dan menikmati biskut lazat yang diberikan.

Selepas itu, konvoi ke Goh Tong Jaya untuk merasai keseronokan menunggang di jalanan berselekoh dalam cuaca yang dingin. Para penunggang kemudiannya singgah makan tengahari di restoran Kari Kepala Ikan Ratna yang cukup terkenal di Raub. Perjalanan diteruskan menuju ke Bentong untuk bersiar-siar seketika sebelum ke Restoran Lemang To'ki untuk merasakan juadah tradisional itu. Ternyata tempat ini cukup popular, terdapat para penunggang motosikal lain yang datang dari berbagai tempat.

Fauziah dan Dato’ Chear ceria sepanjang program ‘fun ride’.
Fauziah dan Dato’ Chear ceria sepanjang program ‘fun ride’.

Menjelang petang, jentera CMC XY400 kembali menderum untuk memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Pengalaman konvoi pada program kali ini menyeronokkan dan memberikan pengalaman indah khususnya buat para pemilik XY400 dan sudah pasti tidak sabar-sabar lagi untuk menyertai acara 'fun ride' seperti ini di masa hadapan. RR

Isu Pada

Februari 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.