Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 2 Februari 2016

Ride 1 Malaya Berjaya!!!

Bersesuaian sebagai program men --utup tirai 2015, Ride 1 Malaya (R1M) telah pun berakhir dengan jayanya selepas menjelajah ke 11 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang telah berlangsung pada 11 hingga 14 Disember yang lalu. Tradisi aktiviti tahunan, Artcore MC ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penunggang yang mewakili pelbagai kelab motosikal seperti Zorgone, Artcore MC, Stiker Master, V-Riders MC, Warghihs MG, Old Superbike Owner, GTRoc, CM Bikers dan penunggang-penunggang persendirian.

Ternyata bilangan peserta semakin hari semakin meningkat jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun 2013 konvoi ini hanya berjaya disertai oleh 11 orang penunggang, angka ini meningkat kepada 17 orang peserta pada tahun 2014 dan kali ini lebih meriah dengan penyertaan seramai 63 penunggang lelaki dan dua orang penunggang wanita. Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara para peserta.

Hari pertama: Jumaat 11 Disember 2015

Selepas diberi penerangan ringkas daripada pihak penganjur, konvoi bermula di Zorgone, Seksyen 13 menuju mercu tanda negeri Selangor iaitu di Dataran Shah Alam dan keduanya di dataran Putra, Putrajaya. Walaupun ditimpa hujan, perjalanan diteruskan ke Negeri Sembilan melalui bandar Seremban, Rembau dan Tampin. Di Batang Melaka, konvoi berhenti untuk bergambar di batu sempadan yang terletak di antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Seterusnya konvoi bergerak pula ke Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang berada di Jambatan Sungai Kelamah Gemenceh untuk bergambar kenangan. Kami berhenti sekali lagi apabila tiba di Muadzam untuk berehat seketika dan bergambar kenangan. Perjalanan untuk hari pertama berakhir setibanya kami di Hotel Seri Malaysia dengan jarak perjalanan sejauh 443.3 kilometer. Di sepanjang perjalanan hari pertama, terdapat dua buah motosikal yang mengalami kerosakan. Salah satunya terpaksa ditinggalkan di Balai Polis Batang Melaka, manakala sebuah lagi terpaksa dinaikkan ke atas kenderaan pacuan empat roda.

Sabtu 12 Disember 2015

Program Ride 1 Malaya dimulakan dengan penerangan ringkas dan juga senaman ringan oleh Artcoreanz. Perjalanan diteruskan menuju Cherating dan konvoi berhenti untuk mengambil gambar di mercu tanda negeri Pahang. Di Rantau Abang, konvoi disambut oleh beberapa penunggang dari Dungun Choppers Club (DCC) yang juga sudi mengikut sebahagian perjalanan R1M ke Kuala Terengganu.

Konvoi tiba di Medan Selera Batu Buruk pada jam 12.15 tengahari untuk makan tengahari. Selepas berehat di Masjid Kristal, deruman enjin berbunyi kembali menunjukkan para peserta sudah bersedia menyambung perjalanan ke Kelantan. Konvoi pada hari itu tamat di Mahligai Bonda, Kota Bharu. Keseluruhan perjalanan pada hari kedua adalah sejauh 415.1 kilometer.

Selepas berehat di bilik masing-masing, acara diteruskan dengan majlis makan malam ulang tahun ketiga Artcore dan pemberian Pin R1M kepada semua peserta. Untuk memeriahkan lagi acara malam itu, permainan ringkas di antara peserta turut dijalankan.

Ahad 13 Disember 2015

Konvoi pada hari ini terpaksa diteruskan walaupun dalam keadaan hujan untuk menuju ke mercu tanda Pintu Gerbang berhadapan Perkampungan Kraftangan Kelantan. Seterusnya kami berhenti untuk bersarapan pagi di Ketereh yang disediakan oleh Artcoreanz Kelantan. Dari situ, destinasi berikutnya ialah ke puncak Titiwangsa sejauh 159 kilometer. Angka ini tidak jauh buat mereka, si kaki pengembara!

Selesai menjamu selera, para peserta dapat menikmati kelancaran perjalanan di lebuhraya untuk menuju ke Perlis. Dari Lebuhraya Timur-Barat hinggalah Lebuhraya Utara Selatan, kesemua peserta dapat menunggang dengan selesa dan menyeronokkan. Setelah menunggang sejauh 499.7 kilometer, para ‘pengembara’ R1M bermalam dan makan malam di Homestay Haro Inn yang ditanggung sepenuhnya oleh Saudara Suhaimi dan isteri.

Isnin 14 December 2015

Peserta-peserta R1M dibawa oleh Artcoreanz Utara menuju ke Istana Anak Bukit yang terkenal di Kedah. Selepas bersarapan, menuju pula ke Pulau Pinang dan sempat berhenti di Hentian Bagan Ajam untuk bergambar kenangan. Selepas berehat dan berhibur, para peserta bersedia untuk pulang dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Untuk terus cergas dan bertenaga, para peserta telah bersetuju untuk berhenti rehat di beberapa R&R seperti Hentian Sungai Perak dan di Ulu Bernam. Selepas mengharungi perjalanan sejauh 535.4km, konvoi telah berjaya menamatkan perjalanan dengan selamatnya.

Pengembaraan bersejarah ini merangkumi pelbagai jenis jalan dan muka bumi yang sejauh 893.5 kilometer tetapi paling membanggakan apabila tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Tahniah kepada semua! Jumpa lagi di Ride 1 Malaya 2016. RR

- NZ York

Isu Pada

Februari 2016

Popular

  • Model Baru

    Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

  • Dari Litar

    WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

  • Warta Roda

    Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

  • Model Baru

    BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Artikel berkaitan

Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

Penunggang Motosikal Nyaris Dihanyut Banjir

Penunggang Maut Motosikal Terbabas Di Kuantan

Ai Ogura, Pemenang TRIUMPH TRIPLE TROPHY 2024

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.