Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 1 Januari 2016

Promosi Hebat Barangan Motosikal Di Chear Motor!

Ini berita hebat buat para penunggang motosikal!! Chear Motor sedang mengadakan promosi hebat akhir tahun untuk beberapa produk kelengkapan menunggang jenama terkenal dari Itali iaitu SIDI dan SPIDI serta aksesori motosikal seperti Rizoma, Puig, Hyperpro dan sistem ekzos Yoshimura.

Bagi jenama SIDI, potongan sehebat 50% ditawarkan untuk kasut menunggang model Vortice dan Strada Rain manakala model-model lain antaranya seperti Vertigo, ST, Cobra, Streetburner, Apex, Blade, Nitro, Crossfire dan Agueda menerima diskaun sebanyak 30%. Turut ditawarkan pada potongan harga 30% ialah sarung tangan pelbagai model, topi, balaclava dan baju-T.

Bagi peminat jenama SPIDI pula, jaket-jakat menarik seperti JK Tex, Ace (kulit), Net 7, Netrace, Netix, NW200, Gara Tex dan Furious (denim) ditawarkan pada harga sekitar RM450 hingga RM800. Pakaian menunggang lain keluaran SPIDI seperti seluar, sut perlumbaan dan sarung tangan boleh dimiliki pada harga potongan sebanyak 30%.

Okay... itu cerita kelengkapan menunggang. Buat para pemilik yang inginkan jentera anda berprestasi tinggi, sistem ekzos Yoshimura pelbagai model pula menawarkan potongan hebat sebanyak 30%. Jenama Puig yang terkenal menerusi produk cermin pengadang udara, pemenang hendal dan pengimbang hendal dijual pada harga menarik dengan diskaun 25% dan jenama aksesori motosikal lain seperti Rizoma (bar hendal, tuas brek dan klac, cermin sisi) dan Hyper Pro (penyerap hentak, spring fork hadapan, steering damper) juga diberi potongan hebat sehingga 25%.

Satu lagi ‘hadiah’ istimewa buat para pengunjung Chear Motor Klang, anda bakal menerima secara percuma sehelai baju-T 'Chear Motor' yang bergaya dengan pembelian lebih daripada RM300. Tawaran hebat ini bermula pada Disember lalu dan akan berlanjutan sehingga stok masih ada. Apa tunggu lagi... kunjungilah Chear Motor sekarang dan dapatkan barangan hebat ini dengan harga-harga yang menarik. Untuk melihat dengan lebih dekat, sila datang ke Chear Motor HQ yang terletak di No.27 Jalan Landasan, Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor atau hubungi talian 03-3341 4593. RR

Isu Pada

Januari 2016

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.