Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 30 April 2018

Kempen Derma Darah Kawasaki Kali Ke-10

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) dengan jayanya telah menganjurkan kempen Derma Darah buat kali ke-10 bertempat di pasaraya Aeon Big, Wangsa Maju. Seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini diadakan pada setiap hari Sabtu, minggu ketiga pada bulan Mac. Hadir menyerikan acara tersebut ialah Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Dato’ Jeffrey Lim sambil ditemani oleh Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati binti Abu Amin.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pemilik Kawasaki yang hadir pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang cukup murni pada hari ini. Pendermaan darah adalah satu amalan mulia yang telah menyelamatkan banyak nyawa dan membantu masyarakat yang memerlukannya. Di Kawasaki, kami memilih untuk menamakannya ‘The Gift of Life’. Sepanjang 10 tahun penganjuran ini, kami terus ingin memberi kesedaran kepada netizen betapa pentingnya pendermaan darah dan gaya hidup yang sihat.”

Dato’ Jeffrey menyampai cenderahari kepada Dr. Noryati.
Dato’ Jeffrey menyampai cenderahari kepada Dr. Noryati.

Menurut Dr Noryati, bekalan darah sememangnya amat-amat diperlukan. Di kawasan Lembah Klang sahaja memerlukan kira-kira 500 beg darah sehari manakala di seluruh negara pula keperluan mencecah sehingga 2000 beg darah sehari. Dengan program sebegini, ia jelas menunjukkan betapa pentingnya kesedaran kesemua pihak dalam usaha membantu mempertingkatkan jumlah bekalan darah di Malaysia.

Melalui kempen ini, pihak KMSB turut mengalu-alukan penderma di kalangan orang awam agar sasaran mereka iaitu untuk mengumpul lebih daripada 250 beg darah berjaya. Kesediaan rakan-rakan motosikal dan orang awam untuk berbakti kepada masyarakat cukup mengharukan.

Selain itu, turut diadakan ialah acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan pameran jentera terbaru Kawasaki Z900RS. Program murni ini telah berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang. RR
 

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.