Benelli TNT 135 LE (Limited Edition): Lebih Menarik & Sporty
Benelli TNT terkenal sebagai sebuah jentera yang ringan, mudah dikendali dan rekabentuk sporty. Model ini juga menarik minat para penunggang motosikal menerusi gaya dan komponen yang mirip dengan motosikal berkuasa tinggi.
Kini, Benelli TNT 135 hadir dengan versi LE (limited edition) yang dilengkapi dengan banyak aksesori estetik tambahan. Aksesori tambahan ini memberikan wajah yang lebih sporty untuk model ini. Di bahagian hadapan, versi LE dilengkapi dengan tuas brek dan klac dengan pelindung bar pemegang, penaik bar pemegang, penutup takungan cecair brek hadapan, “axle bar” hadapan dan pemijak kaki hadapan yang berwarna merah.
Di bahagian belakang pula dikemaskan dengan pelbagai aksesori dari penutup minyak enjin, penutup penapis minyak, pelindung enjin, pemijak kaki belakang, “axle bar” belakang, dekorasi casis dan penutup ekzos “carbon fiber”. Versi TNT 135 LE ini disempurnakan dengan enjin 135cc, sistem penyejuk minyak, dua palam pencucuh, SOHC dengan transmisi 5 kelajuan yang memenuhi piawaian EURO 4. Enjin TNT 135 LE menghamburkan kuasa setinggi 13hp. Dengan transmisi 5 kelajuan, penunggang akan sentiasa dapat kelajuan yang sesuai untuk setiap keadaan.
Casis TNT 135 LE ini pula dicipta setaraf dengan enjinnya yang berteknologi maju. Bermula dengan rekabentuk casis 'steel-tube lattice' yang mirip dengan jentera Benelli lebih besar. Geometri casis yang tepat membantu memastikan pengendalian lebih stabil di semua permukaan jalan. Fork hadapan jenis terbalik yang bersaiz 41mm dan penyerap hentakan tunggal boleh dilaras di belakang membantu perjalanan lebih selesa dan meyakinkan.
Rim TNT 135 LE pula adalah unit aloi 12-inci dilengkapi tayar berprofil tinggi yang menawarkan keselesaan buat penunggang dan penumpang. TNT 135 LE boleh didapati dengan 3 pilihan warna menarik iaitu Hitam, Putih & Merah dengan stiker belang edisi terhad serta stiker running “Limited Edition.” Hanya terdapat 1,000 unit yang dikeluarkan dan berharga RM9,988.00 (tidak termasuk GST & insurans). RR
Popular