Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 30 April 2018

Scrambler Night Berjaya Menggamit Suasana

Ducati Malaysia telah menganjurkan satu program yang dipanggil Scrambler Night pada awal bulan Mac lalu. Acara ini telah berlangsung di ibu pejabat Ducati Malaysia, Petaling Jaya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran para bikers yang datang menunggang jentera Scrambler Ducati serta tetamu lain.

Majlis tersebut dianjurkan khas buat pemilik Scrambler Ducati yang bertujuan memberi penghargaan buat para pelanggan Ducati. Pihak Ducati turut menyatakan bahawa terdapat 50 orang yang memiliki jentera Scrambler Ducati di Malaysia. Acara Scrambler Night ini adalah yang pertama dibuat di Malaysia sejak Ducati melancarkan 10 buah jenis motosikal scrambler. Antaranya Scrambler, Café Racer, Icon, Desert Sled, Classic, Sixty2, Urban Enduro dan Full Throttle. Para bikers yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan penunggang-penunggang Scrambler Owners yang ada di Malaysia.

Makan malam ala BBQ dengan bermacam-macam lauk.
Makan malam ala BBQ dengan bermacam-macam lauk.

Makan malam ala BBQ dengan ayam panggang, skewed kebab, pasta dan macam-macam lagi memenuhi selera para tetamu. Sambil menikmati juadah makan malam yang cukup lazat, tetamu disajikan pula dengan alunan muzik DJ oleh Local Group Disco Santan yang memainkan pelbagai lagu menarik.

Aturcara majlis diteruskan dengan persembahan skateboard. Lagak aksi yang dilakukan oleh peserta berpengalaman sangat mengagumkan. Para tetamu tertarik dan bertepuk tangan dengan pelbagai aksi yang dipertontonkan itu.

Pada masa yang sama bikers yang datang turut berkongsi pendapat masing-masing bersama rakan mengenai motosikal mereka. “Kami sebagai Scrambler Owners turut gembira hadir pada majlis malam ini kerana Ducati Malaysia mengambil inisiatif untuk membuat perjumpaan antara pemilik Scrambler Ducati. Dengan perjumpaan seperti ini saya harap nama Scrambler Ducati akan terus naik dan hidup semula seperti model-model Ducati yang lain setelah hampir dua tahun lebih jentera Scrambler ini hadir di Malaysia,” komen Nazrul Hisham yang menunggang jentera Scrambler Ducati Icon.

Jentera Ducati Scrambler memang menarik perhatian para tetamu.
Jentera Ducati Scrambler memang menarik perhatian para tetamu.
Persembahan menarik dari Local Group Disco Santan.
Persembahan menarik dari Local Group Disco Santan.

“Pada hari ini saya datang dengan menunggang Scrambler Ducati Urban Enduro. Acara sebegini memang bagus dapat berkumpul beramai-ramai dan merapatkan lagi hubungan bersama pemilik Scrambler walaupun ada yang tidak kenal. Tetapi waktu sebegini kita perlu mengambil peluang yang ada untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru. Ada yang sudah lama menunggang dengan jentera Scrambler dan ada juga yang baru. Pada pandangan saya tema pada malam ini agak menarik, fun dan lifestyle, memang kena dengan jiwa seperti kami,” kata En. Saleh Hanafia. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.