GIVI EXPLORER: Medan Penyelidikan & Pembangunan Produk Terbaik
Demi memberikan produk terbaik buat para pelanggannya, GIVI mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu pengembaraan penuh cabaran digelar 'GIVI Explorer Tour' yang diadakan pada setiap akhir tahun. Menerusi pengembaraan ini, produk-produk terbaru dan akan datang telah diuji dalam pelbagai kondisi dan cuaca yang ekstrim. Pada November lalu, 'GIVI Explorer Tour' merentasi tiga buah negara Indochina iaitu Thailand, Cambodia dan Vietnam yang dinamakan sebagai 'The Golden Triangle Adventure'.
Pengembaraan ini melibatkan seramai 25 orang peserta dari seluruh dunia seperti China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Columbia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam dan Malaysia. Untuk disesuaikan destinasi pengembaraan dan produk GIVI sendiri, pelbagai model dan jenama motosikal telah dipilih. Antara jentera tersebut ialah Honda Africa Twin, Kawasaki Versys, Suzuki V-Storm, BMW GS, Yamaha Tenere, Honda X-ADV dan Triumph Tiger.
Selain melihat dan menguji Dari kiri: Ms Hendrika, En. Roberto Cajati, En. Joseph Perucca, En. Quoc, Guru Besar Sekolah dan En. Michele D’Ercole.kemampuan produk-produk GIVI, pengembaraan ini juga memberi peluang kepada para peserta menikmati landskap yang cantik, bertemu dengan para penduduk tempatan yang mesra, mendekati budaya dan melihat keajaiban pembinaan kuil-kuil lama serta peninggalan sejarah kerajaan tua. Ini adalah aspek dan ciri-ciri utama mengapa Asean memiliki daya tarikan yang kuat untuk dikunjungi oleh para penunggang motosikal dari seluruh dunia.
Menurut En. Joseph Perucca, Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI yang turut serta dalam program ini dan bertindak sebagai Ketua Delegasi, “GIVI Explorer tour” merupakan medan terbaik buat kami untuk mengguna dan menguji produk-produk terbaru. Melalui ujian ekstrim yang memakan masa selama 10 hari, banyak data dan informasi dapat kam kumpul dan simpankan. Ia kemudiannya diberikan kepada Jabatan Penyelidikan (R&D) agar penambahbaikan dapat dibuat sebelum ianya boleh dipasarkan.”
Dari Pattaya, peringkat pertama para peserta mengerahkan jentera masing masing ke Aranyapathet, sempadan Cambodia kemudian ke Siemreap yang sejauh 425km. Bandar kecil ini terletak di dalam lingkungan runtuhan Angkor (tapak keagamaan terbesar di dunia dan merupakan Tapak Warisan UNESCO sejak 1992) manakala Tasik Tonle Sap yang terkenal terletakdi Barat Laut negara ini. Pengembaraan hari pertama berhenti di sini agar para peserta dapat melawat kuil-kuil terkenal seperti Wat, Thom, Ta Prohm dan Bayon.
Pengembaraan seterusnya ialah ke Phnom Penh sambil menikmati makan tengahari di pertengahan jalan. Dari situ, para peserta menuju ke Moc Bai dan menikmati LebuhrayaTransAsia yang menghubungkan Phnom Penh ke Ho Chi Minh City. Sebelum menamatkan pengembaraan pada hari tersebut, lawatan ke Terowong Cu Chi memang cukup mengujakan para peserta. Terowong ini mula digunakan pada tahun 1940an oleh pejuang Viet Minh sewaktu berperang dengan angkatan tentera Perancis. Ianya digunakan lagi oleh para tentera tempatan (Viet Cong) ketika meletusnya Peperangan Vietnam.
Hendrika menyumbangkan sumbangan kepada kanak-kanak di Vietnam. Konvoi berhenti untuk bergambar kenangan.Bandaraya Ho Chi Minh menjadi destinasi pilihan selepas itu dan sememangnya ia merupakan pusat utama perdagangan dan kebudayaan di negara ini. Di sini juga terletaknya ibu pejabat GIVI Vietnam yang tersergam indah. Untuk menambah keceriaan dan pengalaman, para peserta telah diberi kesempatan berskuter di sekitar bandar serta melawat 'Wholesale Motorcycle Market' yang memang cukup besar.
Kira-kira 170 kilometer dari bandaraya ini terletaknya bandar Chan Tho dan ia juga merupakan antara lima buah bandar terpenting di Vietnam. Ia cukup popular kerana adanya Pasar Terapung atas Sungai Mekong dan sudah pasti kerana keistimewaan gastronominya. Antara destinasi lain yang sempat dilawati ialah pantai Ha Tien, Taman Negara Preah Monivong Bokor yang terletak di penghujung bahagian selatan Elephant Mountains yang merangkumi hutan hujan tropika menghijau seluas 982 batu persegi.
Hari terakhir, para peserta berpatah balik ke Pattaya untuk acara penutup. “Dalam pengembaraan ini, kami juga mengambil peluang keemasan untuk melakukan kerja amal iaitu “Riding for Reading’ di mana kami memberi sumbangan di dalam bentuk alatulis, makanan, susu dan dana tunai untuk kanak-kanak kurang berkemampuan di Ho Chi Minh City, Vietnam,” tambah En. Joseph.
Acara ini turut disertai oleh Hendrika Visenzi, Timbalan Presiden GIVI yang mewakili pihak ibu pejabat untuk penyumbangan barangan kepada kanak-kanak berkenaan. Tahniah buat GIVI di atas satu penganjuran yang penuh bererti untuk penghasilan produk berkualiti serta memberi sinar kepada anak anak generasi baru demi kehidupanyang lebih berkualiti. RR
Popular