Yamaha Masuk Malaysia Autoshow? Ye ke? Lancar XMAX baru ke?

Dengarnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan sertai pameran automotif, Malaysia Autoshow (MAS) 2025 yang bakal diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 9hb hingga 15hb Mei nanti. Penyertaan HLYM dalam Malaysia Autoshow ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh para peminat dua roda memandangkan ia adalah penyertaan sulung mereka dalam MAS.
Soalan cepu emas...model apa yang akan dilancarkan? Adakah skuter maksi? Model kembara? Moped? Street/Superbike?
Kalau kita lihat laman web Yamaha Eropah...Yamaha USA.... versi baru untuk skuter maksi XMAX telah pun dilancarkan. Ya...XMAX di Malaysia sememangnya kita juga tertunggu-tunggu bilakan versi ini akan dilancarkan?
CIri baru yang kita-kita nantikan sudah tentulah cermin pengadang angin terbaru dengan pelarasan automatik. Ya..memang sudah sampai waktunya X-Max turut hadir dengan panel meter seperti ini. Model ini juga akan tampil dengan paparan panel meter TFT 4.2-inci baru yang lengkap dan sistem hubungan Y-Connect. Menerusi skrin infotainmen TFT baru ini, perjalanan akan lebih mudah dengan adanya sistem navigasi Garmin secara percuma yang dihubungkan menerusi telefon pintar.
XMAX (versi Eropah) turut dilengkapi dengan Emergency Stop Signal (ESS) yang akan yang mengaktifkan keempat-empat lampu kecemasan apabila kita membrek dengan lebih pantas dan lebih keras daripada situasi biasa. Sistem Traction Control juga telah diperhalusi untuk pengendalian yang lebih meyakinkan.
Sama ada pihak HLYM akan lancarkan XMAX 250 baru ini nanti, kita sama-sama nantikan. RR
Popular