Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Jerantut - Seorang penunggang dan pembonceng maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori treler di kilometer 1, Jalan Jerantut - Benta pada jam 11.10 malam pada Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, kejadian dipercayai berlaku di mana seuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari arah kiri jalan dan bertumbung dengan sebuah treler yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun selepas gagal mengelak.
Pelanggaran tersebut menyebabkan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang menghembuskan nafas terakhir di Unit Kecemasan, Hospital Jerantut ketika menerima rawatan.
Dalam kejadian itu pemandu treler ditahan bagi membantu siasatan dan hasil ujian saringan air kencing didapati negetif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis turut memaklumkan bagi orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut. RR
Sumber berita: http://hmetro.com.my