MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, telah melancarkan Modenas Elegan EX facelift yang tampil dengan pengalaman tunggangan yang lebih premium melalui rekaan estetika yang diperbaharui serta ciri-ciri moden terkini. Ditawarkan pada harga RM17,780, model ru ini kini boleh didapati di semua bilik pameran pengedar sah MODENAS di seluruh negara.
Kenyataan daripada Roslan Roskan, CEO MODENAS “Elegan EX sememangnya telah lama menjadi pilihan penunggang yang mementingkan keselesaan, praktikaliti dan prestasi. Versi baharu ini tampil lebih menarik dengan rekaan kontemporari dan penambahbaikan dari segi fungsi – memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman tunggangan yang premium.”
Skuter ini disempurnakan dengan enjin 249cc, SOHC, penyejukan cecair yang berkuasa 22.4hp pada 7,000rpm dan tork 22.4Nm pada 6,500rpm. Dengan tenaga yang padu ini, pecutan semestinya lancar dan responsif. Transmisi CVT membolehkan pergerakan cukup selesa dan ia adalah antara jentera pilihan, menjadikannya untuk perjalanan dalam bandar mahupun di lebuhraya.
Untuk pergerakan yang stabil, Elegan ini turut dilengkapi dengan brek jenis cakera di depan dan belakang yang disertakan juga sistem ABS. Sistem saspensi hadapan jenis teleskopik serta penyerap hentak berkembar di belakang pula meningkatkan kestabilan dan keselesaan ketika menunggang. Elegan EX 'Facelift' kini hadir dengan dua pilihan warna premium baharu iaitu Deep Blue dan Plain Grey.
Antara ciri-ciri menarik:
- Cermin Pengadang Angin lebih sporty - Menambah baik aspek aerodinamik dan penampilan)
- Lampu Isyarat Hadapan LED - Meningkatkan tahap keterlihatan dan kecekapan tenaga.
- Warna Premium Baharu – Menyerlahkan gaya dan kehadirannya ketika berada di jalan raya.
- Logo MODENAS juga dikemas Kini – Penjenamaan baharu pada beberapa komponen utama seperti skrin pengadang angin, penutup pemegang, fender belakang,
- meter kelajuan dan kunci pencucuhan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi MODENAS di http://www.modenas.my, hubungi Talian Khidmat Pelanggan MODENAS di 1-800-880-181. RR
Popular