Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk model skuter mereka iaitu Honda Vario 160. Warna-warna baru itu adalah Yellow yang ditawarkan pada harga asas RM10,198 manakala Matte Red dan Silver bermula RM10,498.
Dari segi spesifikasinya kekal sama iaitu skuter ini menggunakan enjin 157cc, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair bersama teknologi Enhanced Smart Power+ (eSP+). Vario 160 menghasilkan kuasa maksimum 11.3kW pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm.
Sistem keselamatan Vario 160 dilengkapkan dengan brek-brek jenis cakera di bahagian hadapan hadapan dan juga belakang. Model ini juga mempunyai sstem ABS pada roda hadapan dan turut mendapat pengiktirafan oleh MayMap sebagai jentera paling selamat untuk ditunggang.
Antara kelengkapan lain seperti sistem bahan api PGM-Fi, kunci pintar, lampu-lampu LED, paparan meter digital, soket pengecah USB, ruang bawah pelana 18 liter, dan tangki bahan api 5.5 liter.
Spesifikasi lain:
- Tayar hadapan - 100/80 - 14M/C (48P)
- Tayar belakang - 120/70 - 14M/C (61P)
- Saspensi hadapan - Fork teleskopik
- Saspensi belakang - Lengan ayun dengan penyerap hentak tunggal
- Kerangka - eSAF
- Berat - 119kg
- Tinggi pelana - 778mm
Menurut pihak Honda bagi warna yang sedia ada seperti Blue & Red (RM10,198) dan Green & Matte Blue (RM10,498) masih lagi dipasarkan. Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga asas yang disyorkan (RRP) tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. RR
Popular